Pada suatu waktu Asar, jemaah di sebuah masjid terdiri daripada pak imam dan beberapa orang kanak-kanak sahaja. Selepas bersolat, dia berbual dengan kanak-kanak itu. Antaranya, dia memberitahu mereka bahawa mengucapkan salam cuma sunat, menjawab salam itu wajib.
Imam mengemukakan nas al-Qur'an yang bermaksud, "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan (ucapan) yang baik lagi daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung sesuatu dengan teliti." (An-Nisa', 4:86)
Budak-budak itu mengangguk-ngangguk mendengar penjelasan imam.
"Tetapi mereka itu lain sedikit," kata imam. "Saya sendiri beri salam, tidak dijawab. Dua kali saya beri salam, dua kali tidak dijawab."
"Tidak patut," rungut beberapa orang kanak-kanak.
"Memang tidak wajib menjawab salam itu," kata imam. Suaranya sengaja ditinggikan.
"Pak iman kata tadi wajib jawab salam," kata seorang kanak-kanak.
Imam senyum-senyum. Dia menenung kanak-kanak itu seorang demi seorang. Kemudian dia sengih-sengih.
Apabila semua orang diam, seorang kanak-kanak yang terkecil dalam kelompok itu berkata, "Tadi pun kami tak jawab salam pak imam."
"Kamu memang cerdik," kata imam.
Kanak-kanak yang lain kehairanan. Kanak-kanak yang terkecil berbisik dengan seorang rakannya. Si rakan berbisik pula dengan rakan yang lain sehingga semua mereka maklum. Kesemua kanak-kanak itu mengangguk-ngangguk. Mereka ketawa berderai.
Imam pun ikut ketawa. Ketawanya sekadar menampakkan gusi dan dengan suara yang amat perlahan. Memang cerdik budak-budak ini, kata imam dalam hatinya.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Salam, Cikgu.
Menarik sekali... :)
Waalaikumussalam. Terima kasih kepada Cikgu Zainuddin Jailani dari SMK Tenom. Saya memperoleh kisah ini daripada beliau. Saya hanya menceritakannya semula dengan gaya saya sendiri. Wassalam
Salam.
Agak menarik.
Seolah-olah teka-teki.
Agak keliru pada awalnya.
Akhirnya saya faham dan tersenyum kerana memang salam itu tidak wajib dijawab. :)
Sejujurnya saya mengakui bahawa saya bukanlah seorang guru yang cerdik dalam semua perkara kerana saya tidak memahami cerita ini. Boleh tolong jelaskan untuk saya? Saya sangat ingin tahu.
Salam.
Saya mohon maaf kerana mengheret puan untuk berfikir. Namun, saya berpegang pada amalan penulis kreatif, khususnya penyair. Mereka membiarkan khalayak mentafsirkan penulisan mereka. Khalayak boleh bertukar-tukar fikiran sesama sendiri. Saudara Faiz mungkin boleh mencelah.
Izinkan saya untuk mengemukakan sedikit pandangan. Pada hemat saya ungkapan “Tidak Wajib Menjawab Salam Ini” biasa sahaja. Ketika saya memilih untuk menggunakan ungkapan ini, yang saya fikirkan hanyalah “pembaca pasti memahaminya”. Ungkapan ini tidaklah sehebat ungkapan “Tuhan sudah mati” ciptaan
Kassim Ahmad dalam sajaknya “Sidang Roh” yang penah menggegarkan arena politik tanah air pada tahun 1974. Diberitakan, Kassim terpaksa menjelaskan maksud “Tuhan sudah mati” itu.
Wallahuaklam. Wassalam.
Terima kasih. Saya akan cuba mentafsirkannya. Insya-Allah...
Salam.
Maafkan saya.
Saya seorang wanita.Saudari.hehe
Saya lebih gemar menggunakan nama Faiz barmaksud kejayaan.
Nama saya sebenarnya bermula dengan Nur.
Benar, penulisan kreatif kadang kala sukar untuk difahami.
Sedangkan saya sendiri dalam jurusan perakaunan.Bagi kami sesuatu hendaklah lebih jelas dan terbukti. Tajuk itulah yang menarik perhatian saya sebenarnya. Isunya tidaklah terlalu serius. Hanya menguji minda semata. Cuma Penceritaannya sahaja agak mengelirukan. Baca dengan teliti.Pasti persoalan anda akan terjawab. Selamat mencuba. ;)
Catat Ulasan