06 April 2009

Penulisan Kata Ganti Nama Singkat 2

Tidak Baku
kutelah lihat, kautelah lihat
kubelum telan, kaubelum telan
kusedang baca, kausedang baca

Baku
telah kulihat, telah kaulihat
belum kutelan, belum kautelan
sedang kubaca, sedang kaubaca

Masukan terdahulu:
Sari Rencana: Bentuk Klitik
Penulisan Kata Ganti Singkat 1

Pedoman Bahasa (JPEG) 050. Kata Ganti Nama Singkat (Klitik).

2 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam,

Sekadar ingin bertanya, adakah terdapat mengecualian (yang dikatakan sebagai kesilapan) sekiranya struktur kata ini digunakan dalam puisi?

Terima kasih.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam, Puan Marni.

Dalam tulisan deskriptif untuk komunikasi rasmi, peraturan penggunaan kata ganti singkat ini mesti dipatuhi. Dalam karya kreatif, khususnya puisi, penyimpangan yang berpada-pada dibenarkan.

Wallahuaklam. Wassalam.

Lampiran untuk Renungan

Soalan: Seorang pelajar menulis ungkapan ini dalam karangan yang berasingan: 1. Kumencari-cari rakan yang ikhlas. 2. Kucari-cari sahabat yang setia. 3. Kaudisanjung dan dipuja. 4. Kuberdiri di sini. 5. Kurenungi wajahnya. Adakah ayat-ayat ini gramatis? Jawapan Khidmat Nasihat Bahasa DBP: Ayat tersebut gramatis (?) tetapi lebih kepada penulisan kreatif.

Soalan: Ada murid menulis ayat “Kumenanti-nanti kehadiran kawanku”. Adakah ayat ini gramatis? Jawapan Cikgu Azhar: Ayat ini tidak gramatis. Kata ganti nama singkat tidak boleh diletakkan pada awal ayat. Sepatutnya, “Aku menanti-nanti kehadiran kawanku”.