23 April 2009

Variasi Ejaan, Ejaan Baku

Perkataan yang pertama dalam senarai yang di bawah ialah variasi ejaan, iaitu ejaan yang tidak baku. Ejaan yang baku ialah ejaan selepas anak panah. Contohnya, “dendalu” tidak baku. Yang baku ialah “dedalu”.

1. dendalu → dedalu
2. gerisi → kerisi
3. hantam → hentam
4. ingus → hingus
5. kekawin Jw → kakawin
6. kelelawar → kelawar I
7. kepuyu sj ikan → puyu II
8. sanjak → sajak I
9. sayugia → yogia; seyogia → yogia
10. wahi Ar → wahyu

Penulisan senarai ini berdasarkan masukan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Susunan masukan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008) pula adalah seperti yang berikut:

1. dendalu (dedalu)
2. gerisi (kerisi)
3. hantam (hentam)
4. ingus (hingus)
5. kekawin (kakawin)
6. kelelawar (kelawar)
7. kepuyu (puyu)
8. sanjak (sajak)
9. sayugia (yogia); seyogia (yogia)
10. wahi (wahyu)

Tanda kurung di atas sama fungsinya dengan anak panah.

Tiada ulasan: