24 April 2009

Sari Rencana" “Ayat Contoh” Mematuhi Hukum D-M

Sari “Soal Jawab Bahasa”, majalah Pelita Bahasa, April 2009.

Masukan terdahulu
Perkataan “Kemenjadian” Boleh Digunakan
Dan Ada dalam Serta
Perkembangan Ialah Perihal Berkembang

1
Kedua-dua ayat ini betul.
1. Mereka akan bercuti di Pulau Langkawi atau di Pulau Tioman?
2. Mereka akan bercuti di Pulau Langkawi atau Pulau Tioman?

Dalam ayat pertama, kata sendi nama “di” terdapat di hadapan “Pulau Langkawi” dan “Pulau Tioman”. Dalam ayat kedua, kata sendi nama “di” hanya terdapat di hadapan “Pulau Langkawi”. Kata sendi nama “di” di hadapan “Pulau Tioman sudah digugurkan.

2
ayat (D) contoh (M)
karangan (D) contoh (M)
karangan (D) contoh gred A (M)
rumah (D) contoh (M)

Frasa contoh ayat, contoh karangan, contoh karangan gred A dan contoh rumah memang biasa digunakan. Susunan frasa ini sebenarnya salah kerana tidak mengikut hukum D-M. (D = Diterangkan, M = Menerangkan)

3
Kata sendi nama “akan” tidak semestinya diikuti oleh manusia. Jadi, kedua-dua ayat yang di bawah ini betul.
Saya cinta akan Syahira. (“Syahira” ialah manusia.)
Saya sayang akan negara saya. (“Negara” bukan manusia.)

Tiada ulasan: