Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (TDEB, 1993) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (TDEK, 2008) menyatakan hanya empat patah perkataan yang “wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-…-i.” Perkataan-perkataan itu terdapat dalam senarai 1.
Senarai 1
1. memperingati
2. memperkawani
3. mempersuami (asalnya mempersuamii)
4. memperisteri (asalnya memperisterii)
Setakat yang dapat dikesan, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (DKBMRSJEK, 2008) menyenaraikan 29 patah perkataan yang menggunakan apitan memper-…-i seperti yang diberikan dalam senarai 2.
Senarai 2
1. memperakui
2. memperalati
3. memperbaharui
4. memperbaiki
5. memperbanyaki
6. mempercaruti
7. memperdalami
8. mempergantungi
9. mempergauli
10. mempergentari
11. memperhalusi
12. memperhambai
13. memperhumai
14. memperingati
15. memperingini
16. memperisteri (asalnya memperisterii)
17. memperkarai
18. memperkebuni
19. memperkosai
20. memperkuasai
21. memperlindungi
22. memperpukuli
23. mempersalini
24. mempersenjatai
25. mempersetujui
26. mempersuami (asalnya mempersuamii)
27. mempersungguhi
28. mempertakuti
29. mempertuani
Dalam senarai 2 sudah termasuk tiga patah perkataan dalam senarai 1, iaitu memperingati, mempersuami dan memperisteri. Perkataan memperkawani tidak terdapat DKBMRSJEK dan juga Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Pertama (DKBMRSJEP, 2001). Lima patah perkataan dalam senarai 2 tidak terdapat dalam DKBMRSJEP, iaitu memperbanyaki, memperdalami, memperhalusi, memperkarai dan memperpukuli.
Sebanyak 24 patah perkataan dalam senarai 2 terdapat juga dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEK, 2005). Lima patah perkataan dalam senarai 2 yang tidak terdapat dalam KDEK ialah memperhalusi, memperkuasai, memperbaharui, memperlindungi dan memperkosai.
TDEB dan TDEK menegaskan, perkataan lain, selain yang terdapat dalam senarai 1, dianggap lewah. Tegasnya, dalam senarai 2 terdapat 26 patah perkataan yang dianggap lewah.
Perkara ini wajar menjadi bahan renungan dan perbincangan kita – pencinta dan guru Bahasa Melayu.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan