15 Jun 2009

PPSMI: Saman 2006 Disebut pada 25 Jun 2009

Kes saman terhadap Kementerian Pelajaran kerana melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sanis dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Jun 2009. Blog Rembau Hari Ini melaporkan, YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin menyatakan perkara ini semasa membahas usul memansuhkan PPSMI dalam Muktamar PAS Pusat pada 7 Jun 2009.

Pada 21 Jun 2006, empat orang pelajar sekolah menengah di Perak menyaman Kementerian Pelajaran kerana melaksanakan PPSMI. Mereka mengemukakan sama melalui bapa masing-masing.

Mohammad Syawal mengemukakan saman melalui bapanya Mohammad Nizar Jamaluddin, Mohammad Fadzil mengemukakan saman melalui bapanya Mohamed Rosni Abu Bakar, Nur Najihah Muhaimin mengemukakan saman melalui bapanya Muhaimin Sulam dan Syazaira Arham Yahya Ariff mengemukakan saman melalui bapanya Yahya Ariff Kamaruzzaman.

Mereka mengemukakan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas melalui Tetuan Mohamed Hanipa dan Associates.

Saman itu yang turut disertakan dengan afidavit daripada Mohammad Nizar, yang mewakili bapa semua pelajar, juga memohon deklarasi bahawa responden tidak mempunyai kuasa dan budi bicara untuk memperkenalkan, menguatkuasakan dan melaksanakan dasar PPSMI seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 27 November 2002.

Penjelasan YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar di sini.

Tiada ulasan: