15 Jun 2009

Jangan Jadi Yu Kia-kia

Menjelang atau pada tahun 2020, dianggarkan sebanyak 130,000 orang akan gagal dalam peperiksaan. Mereka gagal memenuhi syarat lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Pada masa itu, ada kemungkinan surat dalam bahasa Melayu yang dihantar kepada Jabatan Kerajaan akan dikembalikan kepada penulisnya. Demikian pandangan penulis Rahmat Haroun Hashim dalam blognya. Klik di sini.

Kita wajar peduli akan bahasa kebangsaan kita. Kita perlu endah akan bahasa Melayu kita. Kita mesti ambil berat akan bahasa perpaduan dan bahasa ilmu kita. Jangan bena tak bena, jangan endah tak endah, jangan apatetik tentang isu bahasa. Jangan menjadi seperti yu kia-kia, kepala yu ekor pari yang menguburkan bahasa sendiri.

3 ulasan:

Marniyati berkata...

Ini rupanya maksud 'Yu Kia-kia'. Sekian lama mendengarnya, baru hari ini saya memahaminya. Terima kasih!

hamim berkata...

Saya punya pendapat yang sama. Dahulu surat dalam bahasa Inggeris dipulangkan, kelak surat dalam bahasa Melayu pula dipulangkan. Itulah jadinya apabila pemimpin kurang akal apabila berfikir.

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Salam. Puan Marniyati dan Tuan Hamim, terima kasih atas respons. Wassalam.