04 Jun 2009

Gunakan Bahasa yang Baik dan Bersopan

Klik gambar untuk melihat imej yang lebih besar.

Pendapat Dr. Wahid Kasran

  1. Dalam berkongsi cerita dengan masyarakat, penulis juga seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai etika dan tanggungjawab sosial serta moral yang baik, yang perlu dijadikan pegangan. Salah satu daripadanya adalah melalui penggunaan bahasa yang baik dan bersopan, yang tidak menyentuh sensitiviti pembaca, yang boleh membuat pembaca berasa tidak selesa, tersinggung, marah dan sebagainya, walaupun cerita yang ingin disampaikan itu berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam masyarakat.
  2. Seseorang penulis mempunyai kuasa untuk memilih gaya bahasa dan cara persembahan penulisan yang dirasakannya sesuai. Walau bagaimanapun setiap penulis dan syarikat penerbitan tertakluk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) di bawah “Hasil Penerbitan Tidak Diingini”.
  3. Selin hal itu, saya turut menggunakan perlambangan tertentu untuk mempamerkan citra dan jati diri orang Melayu yang kaya dengan adab sopan serta tatasusila. Apabila seseorang penulis menggunakan perlambangan, secara tidak langsung hal ini dapat mengetengahkan kreativiti seseorang penulis.
  4. Secara peribadi saya berpendapat bahawa bahasa Melayu wajar menjadi bahasa rasmi kedua dunia selepas bahasa Inggeris.

    Nurhamizah Hashim, “Bual Bahasa: Bahasa Melayu Mampu Menjadi bahasa Eksotik”, Dewan Bahasa, Ogos 2008, halaman 62 – 65.
Pedoman Bahasa (JPEG) 057. Minda Sarjana/Penulis Kita.

Tiada ulasan: