04 Jun 2009

Pukul Jam 12 Kali

Diceriterakan, pada tahun 1947, Balai Polis Keningau membantu masyarakat untuk mengetahui perubahan waktu dengan memukul gong. Bunyi gong sekali bermakna pukul satu, bunyi gong dua kali bermakna pukul dua dan bunyi gong 12 kali bermakna pukul 12. Istilah bagi perbuatan memukul gong untuk menandakan waktu itu ialah pukul jam.

Ada seorang konstabel baru bertugas di Balai Polis itu. Ketika dia bertugas pada hari pertama, seorang sarjan menyuruhnya pukul jam 12 kali apabila tiba pukul 12. Tepat pada pukul 12 tengah hari, konstabel itu memukul jam dinding di balai itu sebanyak 12 kali. Jam itu pun hancur.

Sumber: Memoir Anak Sisa Peperangan (2006) oleh R.M. Jasni (diubah suai).

2 ulasan:

Marniyati berkata...

Salam.
Indahnya bahasa Melayu. Setiap patah kata boleh membawa konotasi berbeza. Inilah juga bukti betapa indahnya budaya!

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam. Terma kasih kerana masih sudi berinteraksi. Banyak lagi makna “pukul”, termasuk yang tidak tersurat dalam kamus. Wassalam.