Benarkah sejarah malam bermimpi
seribu sengkarutan tak terleraikan
yang berjaya musuh khyalan siang.
Kiranya kenangan manis terhumban jauh
syaitankah mengheretnya ke sini
selalu ada di bawah sedar
tugasnyakah mengganggu tidur.
Seharusnya cerita itu tiada
entah siapa bersalah
mungkin kerana siang merimbun khayalan
lagi-lagi akhirnya tragedi
seunggul cekal jantan pun hiba
matanya merah berkaca
tidak dilakukannya siang ini.
Kalau dia datang siang ini
penggallah lehernya
sayang, tiada pedang tidak berleher.
Isa Razak
Batu Uban
Januari 1977
Tiada ulasan:
Catat Ulasan