03 Mac 2009

Pertemuan Esok

Terus bersamaku, ibu
biar matahari siang mengilaukan rambut putihmu
dan menangislah kalau ada lagi air mata
aku seperti dahulu sepatah kata.

Masih dalam malam
perjalanan menawan bulan
sebiji demi sebiji bintang kutakluk
selagi aku bernaung di atas bumi
di bawah langit Tuhan.

Terus bersamaku, ibu
lalu pertemuan esok
menangislah kalau ada lagi air mata
banjirilah kampung kita
di bawah sinar bulan dan kerdipan bintang
penuh doa adik-adik dan para sahabat.

Simpanlah air matamu untuk pertemuan esok
aku terlalu ingin mendengar kata
engkau tetap seperti dahulu
dia tetap seperti dahulu
dalam nada yang sungguh lain!

Isa Razak
Jimah Baru
Disember 1977

Tiada ulasan: