Kuketahui juga, ibu
aku sukar kekal jitu
jadilah pegangan
bersamaku bersatu
subuh dan siang
senja dan malam.
Semalam subuh datang dengan senyum manis
siang kupersembahkan kasih sayang
senja seribu warna satu mentari
malam satu bulan menerangi bumi.
Kuketahui juga kecualinya, ibu
masa itu hanya satu bersamaku bersatu
pergi ia yang lain menanti
kusongsong bersama bunga wangi.
Bukan Chairil maka aku harus berkata akulah aku
ini pun satu pegangan.
Ibu, ayah dan juga alam
mencabar aku hidup dan hidup lagi.
Isa Razak
Jimah Baru
Disember 1977
Tiada ulasan:
Catat Ulasan