20 Julai 2009

Sari Makalah: Ayat Aktif Transitif Ada Objek

1. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandung kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya. Jadi, ayat yang di bawah ini salah kerana tiada objek (atau penyambut) dan tidak boleh dipasifkan.

*Halim melaporkan dari Jakarta. (üHalim melaporkan berita itu dari Jakarta.)
*S. Gunalan melaporkan untuk TV3. (üS. Gunalan melaporkan kejadian itu untuk TV3.
*Penceramah itu telah menjelaskan dengan panjang lebar. (üPenceramah itu telah menjelaskan isu bahasa dengan panjang lebar.)

2. Tiada kata lain yang boleh hadir di antara kata kerja transitif dengan objek.

*Mereka memasuki ke negara ini pada abad ke-16. (Pasif: Negara ini dimasuki mereka pada abad ke-16.)
*Penceramah itu memperkatakan tentang isu rasuah. (Pasif: Isu rasuah diperkatakan oleh penceramah itu.)
*Tentera Israel telah meningkatkan lagi serangan terhadap Hamas. (pasif: Serangan terhadap Hamas telah ditingkatkan oleh tentera Israel.)

3. Pelajar tidak harus mudah terpengaruh oleh penggunaan bahasa yang jelas tidak tepat walaupun oleh tokoh tertentu.

Nawi Ismail, “Ayat Aktif Transitif untuk Pelajar STPM”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 24 – 26.

2 ulasan:

Marniyati berkata...

Salam, Tuan...

Kadangkala, dalam keasyikan menulis terkhilaf juga menjaga tata berbahasa. Maka peringatan sebegini harus pula sering dibaca. Terima kasih.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya sendiri akan melakukan kesilapan bahasa. Masukan seperti ini bukan sahaja bermanfaat untuk pembaca malah untuk diri saya sendiri. Wassalam.