21 Julai 2009

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Contoh

Masukan yang berkaitan
1. Latar Kurikulum Bahasa Melayu
2. Panduan Praktikum Sekolah Rendah
3. Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester
4. Format RPH Bahasa Melayu
5. Format RPH dan Penggunaan Lajur Catatan
6. Empat Kejanggalan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
7. Aktiviti Pemulihan Semasa Praktikum
Tarikh/Hari
Mata Pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 3
Unit: 1
Aras: 1
Tema: Alam Sekitar: Kebersihan
Tajuk: Sekolahku Rumahku

Hasil Pembelajaran (Fokus Utama)1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

Hasil Pembelajaran (Fokus Sampingan)
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera. Aras 1 Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

Objektif Eksplisit
Sebelum pelajaran ini berakhir
1. Secara berpasangan atau bertiga pelajar berbual tentang kebersihan sekolah di hadapan kelas dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal yang sesuai dengan situasi. (Hasil Pembelajaran 1.1)
2. Pasangan daripada setiap kumpulan dapat melakonkan situasi anak meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong di sekolah dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal. (Hasil Pembelajaran 1.4)
3. Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik tentang keadaan bersih dan kotor tiga tempat di kawasan sekolah. (Hasil Pembelajaran 8.2)

Objektif Afektif
(1) Murid mengamalkan kebersihan mental dan fizikal, iaitu kebersihan tempat tinggal dan kebersihan persekitaran.
(2) Murid mengamalkan kesopanan berbahasa semasa berbual.

Pengetahuan Sedia(1) Murid pernah terlibat dengan program kebersihan dalam komuniti sendiri atau telah mendapat maklumat ini melalui media massa.
(2) Murid telah mempelajari kata nama.
(3) Murid telah mempelajari ayat tunggal.

Bahan Bantu BelajarTeks “Sekolahku Indah”, gambar digital (kawasan rumah dan kawasan sekolah yang bersih dan kotor), rakaman dialog Cikgu Normah dengan Wahida, lembaran kerja.

Sistem Bahasa(1) Morfologi: kata adjektif seperti bersih, kemas, segar, kotor, busuk, dan cemar.
(2) Sintaksis: ayat tunggal
(3) Sebutan dan Intonasi: kesantunan berbahasa untuk menyatakan permintaan.
(4) Kosa Kata: malaria, jangkitan, virus, taun.

Pengisian Kurikulum
(1) Nilai: Kebersihan mental dan fizikal: kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan kebersihan perlakuan (kesantunan semasa berbual)
(2) Kemahiran Berfikir: (a) Membandingkan dan membezakan: sekolah-sekolah yang bersih dengan yang kotor. (b) Mencirikan kawasan kampung/taman perumahan dari segi kebersihan.
(3) Ilmu: (a) Sains: Kepentingan menjaga kebersihan untuk mengelak merebaknya penyakit. (b) Agama/Moral: Mengamalkan kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
(4) Kemahiran Masa Depan: Pelajar dapat membuat ramalan akibat bersih dan kotor.
MIR RPH Bahasa Melayu SR - Scribd : xx-xx-2009Masa: 60 minit

Tiada ulasan: