Esok, dia mesti melakukan dua penyeliaan dan satu pemantauan. Dia akan bertolak ke Kota Belud sebelum waktu solat Subuh. Dia akan memberikan perhatian terhadap beberapa perkara dalam penyeliaan dan pemantauan itu. Antaranya termasuklah penerapan nilai murni.
Semua pelajar pengkhususan dan minor Bahasa Melayu pasti sudah memahami kepentingan untuk menerapkan nilai murni dalam setiap pelajaran. Mereka sudah mengikuti kuliah tentang perkara ini. Mereka sudah mencubanya dalam pengajaran mikro. Penyelaras Praktikum Jabatan Pengajian Melayu sudah mengulangi perkara ini semasa taklimat praktikum.
Selain itu, dia sendiri menulis satu esei tentang strategi dan teknik penerapan nilai murni. Penyelaras Praktikum Jabatan Pengajian Melayu sudah mengedarkan esei itu dan beberapa esei lain kepada para pelajar. Senarai nama, tandatangan dan tarikh mereka menerima edaran itu tersimpan dalam fail praktikum di bilik kerjanya. Setakat ini semua pelajar di bawah penyeliaan dan pemantauannya mematuhi arahannya.
Dia sudah memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih nilai murni bagi diterapkan dalam sesuatu masa pelajaran. Namun, kebebasan itu perlu selaras dengan panduan umum. Antaranya, nilai murni itu sebaik-baiknya ada kaitan dengan peristiwa semasa. Oleh sebab pada 31 Julai lalu negara menyambut Hari Pahlawan, pelajar wajar memilih nilai patriotisme dalam satu atau lebih sesi pelajaran sepanjang minggu pertama bulan Ogos ini.
Patriotisme ialah nilai murni kelima belas daripada tujuh belas nilai murni yang tersenarai dalam eseinya itu. Patriotisme ialah semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi negara. Semua pelajar major dan minor Bahasa Melayu memahami hal ini. Para pensyarahnya pun memahami hal ini dengan baik.
“Mengapakah nilai itu tersenarai pada tangga kelima belas?” soal Dr. Muhammad Firdaus, Penyelaras Praktikum jabatannya dalam suatu mesyuarat.
Dia terus menyelak-nyelak lembaran “Strategi dan Teknik Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah” hasil pemikirannya itu. Dia mengangguk-angguk dan tersenyum-senyum ketika menyelak-nyelak lembaran esei itu. Dr. Muhammad Firdaus kelihatan gelisah sedikit dengan tingkah lakunya itu.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan