Seminar Kecil Tulisan Jawi PBM MPSS: Sambutan Pelatih dan Pensyarah Dingin
Oleh Pemerhati, Harian Ekspres, Isnin 28 Mei 1984
Pada 13 Mei 1984 lalu Persatuan Bahasa Malaysia Maktab Perguruan Sandakan (PBM MPSS) berjaya menganjurkan seminar kecil tulisan Jawi. Seminar kecil itu mengemukakan kertas kerja “Tulisan Jawi sebagai Jiwa Bahasa Melayu” oleh Encik Mohd Isa Abd Razak, pensyarah maktab itu.
Memanglah tepat PBM MPSS menamakan seminar tersebut sebagai seminar kecil. Pesertanya cuma lebih kurang 20 orang, kertas kerjanya cuma satu dan masa seminar separuh hari sahaja. Mungkin disebabkan oleh hal inilah, Pengerusi Penganjur Seminar, Encik Abdul Rahman Salleh, merendah diri semasa berucap sebelum seminar.
Menurut beliau, seminar kecil itu bersifat percubaan. PBM MPSS menganjurkannya untuk memberikan peluang kepada guru pelatih maktab itu mengenali seminar di samping memberikan pengalaman kepada anggota-anggota persatuan tersebut untuk mengendalikan seminar.
Pada awalnya peserta-peserta seminar juga mungkin beranggapan demikian kerana sambutan pelatih dan pensyarah maktab itu terhadap seminar tersebut agak dingin.
Malah, tidak salah jika kita katakan bahawa masyarakat juga mempunyai anggapan yang sama. Pada mereka, soal tulisan, apalagi tulisan Jawi, bukan soal penting. Umum menganggap tulisan Jawi tidak mempunyai kepentingan dalam masyarakat moden.
Nilai Seni Tinggi
Bagaimanapun, pandangan Naib Pengetua Maktab Perguruan Sandakan, Tuan Haji Muhammad bin Arshad, dapat menarik minat peserta untuk mengikuti seminar itu dengan sepenuh hati. Selaku wakil Pengetua maktab, dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan tulisan Jawi mempunyai nilai seni yang tinggi.
Seterusnya beliau menyatakan bahawa maktab itu akan berusaha menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda. PBM MPSS sebagai penganjur berasa gembira dengan kenyataan itu.
Nampaknya sebahagian daripada tujuan seminar, iaitu untuk memberikan gambaran umum tentang betapa berharganya tulisan Jawi dan mendorong usaha mengagungkannya semula hampir tercapai dengan kenyataan beliau itu.
Apabila seminar berakhir, segala anggapan awal tadi lenyap. Rupa-rupanya persoalan yang dipilih cukup penting. Tulisan Jawi memang cukup berharga dan kita mesti berusaha meletakkannya pada tempat yang wajar. Pendeknya, tujuan seminar boleh dikatakan tercapai.
Tulisan Bukan Kulit, tetapi Jiwa
Menurut pembentang kertas kerja, tulisan sangat penting pada bahasa. Beliau menafikan anggapan yang mengatakan tulisan ialah kulit sesuatu bahasa. Katanya, jika anggapan itu benar, masakan manusia menjadikan tulisan sebagai satu daripada kriteria untuk menentukan maju tidaknya sesuatu kebudayaan.
Hakikatnya semua masyarakat di dunia ini mempunyai bahasa tetapi bukan semua masyarakat itu mempunyai tulisan. Suatu kebudayaan dianggap tinggi apabila masyarakat itu pandai menggunakan tulisan untuk melambangkan bahasanya.
Tulisan dan beberapa kriteria lain melambangkan ketinggian budaya sesuatu bangsa atau masyarakat, Kebudayaan yang tinggi disebut tamadun. Jadi masyarakat yang berkebudayaan tinggi atau bertamadun tidak menganggap tulisan sebagai perkara kecil.
Kertas kerja itu mengemukakan tiga isu iaitu tulisan Jawi dalam sejarah bahasa Melayu, tulisan Jawi dalam kurikulum dan sikap masyarakat terhadap tulisan Jawi. Isu pertama merupakan isu pokok kertas kerja dan hal ini sesuai dengan tujuan utama seminar itu.
Pembentang kertas kerja berjaya membuktikan mahalnya harga tulisan Jawi hingga dapat dianggap sebagai jiwa bahasa Melayu.
Setelah menyingkap sejarah awal perkembangan bahasa Melayu, penulis kertas kerja membuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu tumbuh sebelum abad ketujuh Masehi dan dari abad ketujuh hingga abad kedua belas merupakan tahap perkembangannya secara evolusi.
Perkembagan Awal Bahasa Melayu
Menurut kertas kerja itu, pada tahap ini bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca tetapi belum menjadi bahasa persatuan atau bahasa baku. Pada masa itu juga bahasa Melayu belum menjadi bahasa ilmu dalam erti kata sebenarnya.
Hal ini berlaku kerana pada tahap itu bahasa Melayu menggunakan berbagai-bagai tulisan yang dipinjam daripada pengaruh Hindu seperti tulisan Pali dan tulisan Nagiri. Sistem tulisan itu tidak praktis, pengaruh Hindu-Buddha dan tulisan-tulisan itu kurang berjaya menghidupkan bahasa Melayu.
Beliau kemudian menggalurkan sejarah perkembangan bahasa Melayu sejak kemunculan tulisan Jawi pada abad ke-14 dengan bukti-bukti yang menunjukkan tulisan Jawi berjaya menjadi jiwa bahasa Melayu pada abad-abad seterusnya hingga abad kedua puluh apabila tulisan Jawi “hidup berkelana di masjid, surau, pondok, di pinggir kurikulum sekolah Melayu dan agak subur sedikit di negeri-negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung.”
Peranan Tulisan Jawi
Menurut kertas kerja itu, tulisan Jawi yang terpahat pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 Masehi adalah tulisan Jawi tertua. Berdasarkan batu bersurat itu, beliau menyatakan, “abjad tulisan Jawi itu lengkap dan digunakan untuk menyampaikan maklumat pada awal abad keempat belas.”
Islam dan mereka yang menyampaikan risalah-Nya melakukan peranan utama menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa umum, bukan bahasa satu bangsa lagi tetapi bahasa semua bangsa (bahasa persatuan) dengan tulisan Jawi sebagai tulisan tunggal mengikat dan menyatukan bahasa-bahasa daerah ke dalam satu golongan yang disebut bahasa Melayu.
“Dengan kata lain, bahasa Melayu mula menjadi bahasa baku apabila penduduk Kepulauan Melayu menerima Islam dan menerima abjad Arab sebagai tulisan bahasa Melayu,” jelasnya.
Encik Mohd Isa seterusnya menyatakan bahawa penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan bahasa Melayu menolong bahasa itu menjadi bahasa pengantar dan bahasa ilmu pengetahuan di institusi-institusi pendidikan Islam seperti masjid, surau dan pondok.
Bahasa Melayu dan tulisan Jawi menjadi bahasa dan tulisan rasmi kerajaan-kerajaan Melayu-Islam seperti Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Pada zaman kerajaan-kerajaan inilah terhasil begitu banyak karya sastera dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Antara karya itu ialah Hikayat Raja-raja Pasai. Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Syair Perahu, Rubai Hamzah Fansuri, Tuhfat an-Nafis, Bustanus Salatin dan Gurindam Dua Belas.
Nilai karya itu sangat tinggi. Malah, menurut kertas kerja itu, Syair Perahu dan Rubai Hamzah Fansuri karya Hamzah Fansuri dan Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji sukar ditandingi hingga kini.
“Kenyataan ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi adalah praktis – selama beberapa abad berjaya menjadi tulisan tunggal mengiringi bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi pemerintahan dan bahasa kesusasteraan,” katanya.
Pengaruh Islam dan tulisan Jawi juga memungkinkan bahasa Melayu menerima beribu kosa kata Arab, termasuk istilah dalam bidang falsafah yang kita anggap sebagai ilmu duniawi yang tertinggi.
Perkembangan ini menyebabkan perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah kaya. Perkembangan ini juga memberikan jiwa baharu terhadap kata-katanya. Makna kata itu berlapis-lapis, termasuk makna hakikat yang berjaya membentuk pandangan hidup baharu kepada penggunanya.
Dari sudut lain, beliau mendapati surat izin berniaga dan perjanjian antara raja-raja Melayu dengan penjajah Barat menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Jawi.
Dari segi sebutan pula, penggunaan tulisan Jawi pernah menolong mengurangkan perbezaan sebutan dalam kalangan penutur bahasa Melayu tetapi keadaan ini merosot apabila orang Melayu tidak menghiraukan tulisan itu.
“Penjajahan sebagai alasan, sikap orang Melayu sendiri sebagai puncanya, lama-kelamaan tulisan jawi hidup segan mati tak mahu,” katanya.
Tulisan Jawi dalam Kurikulum
Sesungguhnya pelajaran Jawi diajarkan di sekolah rendah sejak tahun 1970, di sekolah menengah dan maktab perguruan sejak tahun 1973, tetapi pengajarannya dilakukan sambil lewa, malah sebahagian besar guru mengabaikannya terus.
Pembentang kertas kerja kesal dengan sikap guru yang acuh tak acuh itu tetapi gembira dengan perkembangan yang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurutnya, Bahagian Pendidikan Guru melalui maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia memperlihatkan kesungguhan untuk menghidupkan tulisan Jawi. Dalam program Kursus Perguruan Asas Tiga Tahun, semua pelajar diajar pelajaran Jawi. Peruntukan masa pelajaran itu relatif besar dan kesan pembelajaran dinilai dalam peperiksaan bertulis dengan peruntukan markah melebihi 15%.
Bagaimanapun, Encik Mohd Isa menganggap kedudukan pelajaran Jawi dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) adalah menurun.
Seterusnya, berdasarkan rumusan berbagai-bagai seminar, kongres dan sebagainya, Termasuk Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu April lalu, beliau berkeyakinan tulisan Jawi akan menunjangi bahasa Melayu semula.
“Peranannya pada masa akan datang tidaklah sama dengan peranannya pada masa lalu. Kita menjangka tidak lama lagi tulisan Jawi sebagai tunjang, tulisan Rumi sebagai adik yang gagah, akan bersama-sama membina bahasa, sastera, budaya dan tamadun kita,” katanya.
Sebagai kesimpulannya, beliau meminta masyarakat menghargai tulisan Jawi kerana tulisan itu “sudah memainkan peranan yang cukup besar dan sangat penting untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa yang berwibawa dalam semua bidang kehidupan kita kin.”
Syor Bahasa Arab Menjadi Mata Pelajaran Wajib
Sesuai dengan pemikiran baharu masyarakat dan kerajaan kita sekarang, beliau mengesyorkan supaya bahasa Arab dijadikan mata pelajaran wajib seperti bahasa Inggeris. Hal ini, katanya, akan menjamin tulisan Jawi terus hidup dan “dapat terus mendasari perkembangan batin bahasa Melayu.”
Pembahasan kertas kerja itu dilakukan oleh Ketua Jabatan Bahasa, Institut Perguruan Sandakan, Encik Abu Bakar bin Mohamad. Beliau bersetuju dengan sebahagian besar daripada pendapat yang terkandung dalam kertas kerja itu.
Bagaimanapun, beliau menganggap kertas kerja itu masih mempunyai kekurangan dari segi isi, walaupun segi teknik persembahan cukup jitu.
Menurut Encik Abu Bakar, kertas kerja itu patut juga menyentuh penggunaan tulisan Jawi di luar Nusantara dan oleh kaum-kaum lain. Katanya, di Kelantan masih terdapat orang Cina dan orang India yang boleh membaca dan menulis Jawi.
Beliau memuji golongan peniaga tertentu kerana mengekalkan tulisan Jawi pada kertas keterangan barangan mereka. Menurutnya, tulisan Jawi masih digunakan pada barangan tertentu sama ada yang dikeluarkan di Semenanjung, di Singapura mahupun di London.
Pada beliau, kekurangan besar kertas kerja itu ialah tiadanya fokus penindasan penjajah terhadap tulisan Jawi. Beliau bercakap dengan panjang lebar mengenai hal ini dan menyimpulkan bahawa penjajah yang menjadi punca terabainya tulisan Jawi.
Pembentang kertas kerja mengakui kekurangan itu dan bersetuju dengan pandangan Encik Abu Bakar bahawa penjajah sebagai punca serta sikap orang Melayu sendiri sebagai sebab terabainya tulisan Jawi.
Seperti pembentang kertas kerja juga, Encik Abu Bakar yakin tulisan Jawi akan mendapat kedudukan yang sesuai tidak lama lagi. Beliau menyokong syor supaya mata pelajaran bahasa Arab dijadikan mata pelajaran penting di semua sekolah.
Semasa sesi perbincangan, beberapa orang peserta sempat menyokong beberapa isu dan menambah beberapa perkara yang kurang mendapat perhatian penulis dan pembahas.
Pensyarah Geografi, Encik Hamzah Ihsan, yang mempengerusikan seminar itu terpaksa menamatkan sesi perbincangan ketika perbincangan baru hendak hangat, kerana masa seminar hampir berakhir.
Seminar kemudian menerima rumusan yang dibuat oleh Pengerusi:
• Mengesyorkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menjadikan bahasa Arab setaraf dengan bahasa Inggeris dalam kurikulum.
• Menyokong rumusan Konvensyen Tulisan Jawi di Kuala Terengganu supaya pelajaran Jawi diberikan masa khusus di sekolah.
• Meminta Bahagian Pendidikan Guru memperuntukkan markah 20% untuk menguji Jawi dalam peperiksaan Bahasa Malaysia Teras.
• Menggesa sektor perindustrian menggunakan tulisan Jawi yang betul dan bermutu pada barangan mereka.
• Merayu MPSS menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda, kepala surat dan sebagainya.
• Meminta PBM MPSS meneruskan usaha memajukan tulisan Jawi dengan mengadakan peraduan dan sebagainya.
• Meminta semua institusi pengajian tinggi mengajarkan tulisan Jawi.
Beberapa rumusan seminar kecil ini amat menarik. Syor supaya Kementerian Pelajaran menjadikan bahasa Arab setaraf dengan bahasa Inggeris dalam kurikulum kita, misalnya, sangat penting dan perlu mendapat perhatian semua pihak.
Walaupun beberapa rumusan lain agak sempit skopnya, rumusan itu masih berguna untuk menggalakkan perubahan sikap masyarakat tentang perkara ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan