Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
4 ulasan:
Salam, tuan.
786 terlalu banyak dalam hidup saya, pastinya secara kebetulan. Terkini, 786 adalah nombor pengenalan saya sebagai pelajar di UPSI sekarang. Pernah saya ditegur seorang teman sekuliah yang mengatakan nombor itu nombor bertuah, tetapi saya hanya tersenyum tanpa cuba ambil pusing. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya.
Salam untuk puan juga.
Insya-Allah, puan mendapat rahmat-Nya. 786 menambah kekuatan dalaman untuk memandaikan anak bangsa. Bersama-samalah kita mengingatkan diri agar memulakan sesuatu yang baik dengan 786 dan menyebarkan salam.
Wassalam.
Salam, apa pandangan tuan tentang eArtikel ini?
http://demipena.com/2005/08/kepercayaan-terhadap-angka-786.html
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih atas respons yang sangat bermanfaat ini.
Alhamdulillah, sekarang kefahaman saya tentang perkara ini bertambah. Untuk makluman, saya memperoleh pengetahuan ini daripada seorang pakar Jawi yang berasal dari negeri Johor beberapa tahun yang lalu. Beliau memberikan kursus tulisan Jawi kepada ustaz/ustazah daripada bidang Pengajian Islam. Saya ialah peserta tunggal daripada bidang Pengajian Melayu.
Saya tertarik dengan perkara ini. Hal ini menyebabkan saya mengakses sumber di Internet. Memang ada penjelasan tentang perkara ini di Internet. Kebanyakan penjelasan itu sukar saya fahami kerana terlalu teknikal. Kemudian, apabila saya menyemak Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEK) saya dapati KDEK menyenaraikan nilai huruf Arab dan huruf Jawi seperti yang saya paparkan.
Sayang, oleh sebab KDEK itu hanya kamus, pihak yang memberikan nilai kepada huruf itu tidak dinyatakan. Saya dapati, KDEK juga menyenaraikan nilai empat huruf Jawi iaitu nga, pa, ga dan nya. Siapakah yang memberikan nilai itu dan apa pula kegunaannya? Inilah persoalan saya. Saya memaparkan perkara ini di blog saya agar mendapat respons pengunjung.
Alhamdulillah, tulisan tuan menunjukkan nilai huruf ini bukan ajaran Islam (= bidaah), malah ada kaitan dengan kumpulan antihadis. Perkara ini merupakan pengetahuan baharu bagi saya. Nampaknya pencinta tulisan Jawi, khususnya Bahagian Perkamusan Dewan Bahasa dan Pustaka, perlu merenungi perkara ini.
Saya berpendapat, tulisan tuan wajar disiarkan di blog saya. Dengan ini saya mohon agar tuan mengizinkan saya menyiarkan tulisan tuan tanpa suntingan. Pautan asal tulisan itu akan saya sertakan. Mudah-mudahan penyiaran tulisan tuan di blog saya dapat menjernihkan pemikiran pengunjung, sekiranya sudah berlaku kekeruhan.
(Kemungkinan pengunjung terdahulu membaca masukan [tulisan tuan] tinggi kerana kebanyakan mereka hanya mengklik pautan terbaharu blog ini di blog masing-masing. Ulasan lazimnya dibaca oleh orang yang sudah membuat ulasan sebelumnya bagi masukan itu.)
Wassalam.
Catat Ulasan