Tanda titik bertindih sering juga disertakan tanda sempang (iaitu :-) apabila digunakan dalam penulisan ayat susunan menegak untuk kegunaan formal atau rasmi. Sekadar contoh, ayat 9b sering ditulis begini:
9c
Setiap pemohon diminta mengemukakan dokumen yang berikut:-
i. borang permohonan yang diisi dengan lengkap
ii. surat beranak asal
iii. kad pengenalan
iv. sijil asal
v. surat tawaran
Penggunaan tanda titik bertindih dengan sempang ini tidak diiktiraf dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tahun 1975. Hal ini demikian mungkin kerana tanda sempang yang mengiringi tanda titik bertindih itu dianggap berlebihan dan tidak jelas fungsinya.
Ismail Dahaman, “Titik Bertindih Membawa Penjelasan”, Pelita Bahasa, Julai 1991, halaman 20 – 21.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan