27 November 2009

Negara Kita Mengutip RM2.37 Bilion daripada Syarikat Judi


Pada tahun 2008, negara kita mengutip RM2.37 bilion daripada syarikat judi. Jadual di atas memaparkan butirannya. YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin mendedahkan perkara ini di Dewan Rakyat pada 18 November 2009.

YB Mohd Nasir Zakaria mengulas perkara ini dalam blognya. Ulasan yang sudah disunting adalah seperti yang di bawah:

1. Ramai ahli parlimen bukan muslim mendesak supaya judi dihapuskan.

2. Tiada seorangpun ahli parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

3. Hasil judi disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Hasil itu terus dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan hasil itu disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada butiran atau kod hasil!

4. RM2.37 bilion ialah pendapatan kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi.

5. Hasil judi disalurkan kepada institusi sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan kesihatan.

6. Special draw dimulakan pada tahun 1998 untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk. Sekarang sudah ada enam buah syarikat yang menganjurkan special draw. Setiap syarikat melakukan 12 kali special draw. Jumlahnya ialah 72 kali setahun. Pertaruhan biasa diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Perbahasan tentang perkara ini terdapat di http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf.

6 ulasan:

Marniyati berkata...

Salam, tuan.

Takut mendengar hakikat yang terbentang ini. Semoga Allah melindungi kita. Amin.

Myfrin's story berkata...

Assalamualaikum, tuan.

Semakin kita berjuang untuk sesuatu yang halal, bertambah besar juga dugaan yang menanti di depan. Ya, Allah..

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh untuk Puan Marniyati dan Puan Myfrin.

Judi bersabahat dengan hutang (riba) dan berganding tangan pula dengan arak. Unsur-unsur ini siap siaga untuk memerangkap kita. Jadi, kita perlu mengelakkannya dan membentengi diri daripada musibah yang lebih besar. Saya pernah muda dan pernah berhadapan dengan unsur-unsur ini di sekeliling saya. Saya khuatir, anak-anak muda kita yang tidak kisah akan hal ini, diperangkap oleh persekitaran.

Wassalam.

mendewa berkata...

Salam, tuan.

Hakikatnya kesannya sudah dapat dilihat dalam masyarakat. Keruntuhan moral dan kebejatan sosial yang melanda serta kejadian-kejadian yang dilabelkan dengan nama bencana alam makin melanda kita...

Muhammad Safwan berkata...

Ketika diminta untuk mengupas Belanjawan 2010: Pro dan Kontra kepada Mahasiswa di Pusat Asasi UIA, PJ bersama saudara Wan Mohd Firdaus (Malaysia ThinkTank), beliau mengatakan bahawa orang Melayu paling ramai tidak membayar cukai. Selain itu, situasi ini akan memberi kesan besar kepada orang Melayu-Islam dan tidak mustahil wang tersebut digunakan untuk membina masjid. Galakan kepada generasi muda dan mahasiswa supaya menjadi usahawan dan ahli perniagaan perlu diperhebatkan sekarang.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam kembali untuk Tuan Mendewa dan Tuan Muhammad Safwan. Terima kasih kerana sudi berinteraksi. Mudah-mudahan kita terlindunbg daripada fitnah dunia. Selain membayar cukai kepada LHDN, zakat pendapatan wajar jangan dilupakan. Wassalam.