11 Januari 2010

Cikgu Adik Itu Memang Pemalas!

Iman: Abang, cikgu cakap kena ajar adik.

Abang: Abang penatlah.

Iman: Cikgu cakap, abang kena ajar adik membaca.

Abang: …


Iman: Abang, ini buku dia. Abang ajarlah baca.

Abang: Kenapa dengan cikgu adik tu? Kat sekolah dia tak ajar. Kenapa abang pulak. Abang bukan cikgu.

Iman: Semua kena. Rashid bapak dia yang mengajar kat rumah. Samsul pulak, kakak dia. Semua kena. Sebab, cikgu cakap, dekat kelas tidak cukup masa.

Abang: Cikgu adik itu memang pemalas! Cakap dekat dia, itu bukan kerja abang!

2 ulasan:

Marniyati berkata...

Salam, tuan.
Kanak-kanak memang jujur menyuarakan pendapat. Apa sahaja mengikut pandangan mereka tanpa perlu menimbang faktor lain sesuatu situasi.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam. Cikgu Yasmin Suraya bertindak wajar.