Masukan ini dikemas kini pada 17 Januari 2010.
Masukan “Edisi Digital Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas” blog ini saya siarkan di Facebook. Siaran di Facebook itu mendapat sambutan rakan-rakan. Sambutan mereka mendorong saya menyemak fail yang berkenaan. Setelah melakukan sedikit suntingan, fail itu sudah saya muat naik ke Scribd. Pautan fail itu adalah seperti yang di bawah ini:
Panduan Pengurusan Satu fail sahaja.
Senarai Kemahiran dan Perancangan
Senarai 33 Kemahiran
Perancangan Contoh
Huraian Kemahiran Bahasa Melayu
1. Huraian Kemahiran 1 – 4
2. Huraian Kemahiran 5 - 8
3. Huraian Kemahiran 9 – 32
Ujian Saringan Bahasa Melayu
1. Nota dan JPU
2. Item Ujian
3. Borang Rekod Ujian
Ujian Diagnostik
1. Nota dan JPU
2. Ujian Lisan
3. Ujian Praktik
4. Ujian Penulisan*
5. Borang Rekod Ujian*
Sumber Citra
Sumber Citra Huraian Kemahiran
Sumber Citra Ujian Diagnostik
Sumber Citra Ujian Saringan
*Mohon rakan yang masih berkhidmat untuk meneruskan usaha ini.
Sumber asal fail Word ialah Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M (1999). Suntingan dan persembahan semula bahan itu saya usahakan untuk tujuan latihan pada tahun 2007 dan 2008. Bahan ini masih dapat dimanfaatkan oleh guru yang melaksanakan program celik huruf. Penggunaannya hendaklah untuk tujuan pendidikan sahaja.
Bagi ujian diagnostik, subtajuk ujian penulisan dan borang analisis ujian saya abaikan apabila saya mendapat tahu bahawa edisi baharu buku itu sudah terbit. Jadi, usaha untuk meneruskan pendigitalan bahan itu, sewajarnya berdasarkan edisi baharu dan terpulang kepada rakan yang sedang berkhidmat.
Dalam beberapa fail yang di atas, saya berikan penerangan untuk mengubah suai kandungannya. Antara kandungan fail yang perlu diubah suai ialah fail ujian diagnostik praktik. Petikan penjelasannya adalah seperti yang dalam Lampiran 1.
Lampiran 1
Semua item dalam fail ini terdiri daripada jadual (table), teks dan citra (imej, gambar). Dalam setiap jadual terdapat teks dan citra.
Jadual boleh diubah suai. Caranya, tudingkan kursor ke mana-mana bahagian dalam jadual, tetapi jangan tekan butang tetikus. Satu segi empat kecil akan muncul pada bucu bawah di sebelah kanan jadual. Tudingkan kursor pada segi empat kecil itu sehingga muncul anak panah dwikepala yang miring ke kiri. Tekan butang tetikus sehingga proses membesarkan atau mengecilkan semula jadual itu selesai. Apabila segi empat (sementara) bergaris putus-putus muncul, seretlah segi empat itu menyilang ke bawah untuk membesarkannya dan menyilang ke atas untuk mengecilkannya. Setelah saiz yang dikehendaki diperoleh, barulah lepaskan butang tetikus.
Teks juga boleh diubah suai, iaitu anda dapat menukar saiz dan jenis fon. Namun, gunakanlah fon yang sesuai seperti Century Gothic. Selain itu, anda boleh memanipulasi teks seperti menukar warnanya. Teks boleh dihapuskan dan digantikan dengan teks yang lain.
Citra juga boleh diubah suai. Caranya, tudingkan kursor pada citra dan tekan butang tetikus. Tangkai citra yang berupa segi empat berserta dengan lapan segi empat kecil di sekelilingnya muncul. Letakkan kursor pada mana-mana segi empat kecil itu sehingga muncul anak panah dwikepala. Sebagai contoh, untuk membesarkan citra, letakkan anak panah dwikepala itu pada bucu bawah di sebelah kanan. Anak panah dwikepala itu miring ke kiri. Tekan butang tetikus tanpa melepaskannya. Seretlah citra itu menyilang ke atas atau ke bawah, iaitu mengikut arah anak panah. Dengan cara ini anda dapat membesarkan dan mengecilkan citra itu sesuai dengan sesuatu keperluan.
Citra dalam fail ini bersumber daripada fail khas. Fail khas itu mengandungi beberapa citra yang sudah sedia untuk dimanfaatkan. Kebanyakan dicita itu diambil daripada pelbagai sumber dan sebahagiannya ialah ciptaan penyunting. Semua citra yang diambil daripada pelbagai sumber itu sudah diubah suai dari beberapa segi seperti saiz dan format.
Citra dalam fail ini dapat dihapuskan dan digantikan dengan citra lain yang terdapat dalam fail khas itu. Penyunting masih mencari jalan untuk memungkinkan fail khas itu dikongsi melalui Scribd.
Oleh sebab jadual, teks dan citra dalam fail ini boleh diubah suai, maka fail ini dapat dianggap sebagai templat. Templat ini berguna untuk apa-apa tujuan pendidikan seperti penggubalan item ujian, pembinaan bahan bantu belajar seperti lembaran kerja dan nota versi mampat.
Kita dapat menghasilkan fail asli berdasarkan format ini dan format fail yang sudah dimuat naik sebelum ini jikalau ada pasukan untuk menggubalnya. Saya sudah menubuhkan pasukan itu tetapi operasinya mungkin terhenti apabila saya bersara.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan