Usaha Kurt Lewin pada tahun 1946 dianggap sebagai titik permulaan penyelidikan tindakan. Kurt Lewin, seorang ahli psikologi sosial di Amerika, menggunakan penyelidikan tindakan untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam komunitinya. Teras konsep penyelidikan tindakannya ialah penggemblengan usaha bersama kumpulan (kolaboratif) bagi meningkatkan lagi prestasi kerjaya.
Pada tahun 1953, usaha Lewin itu dikembangkan oleh Stephen Corey di Kolej Perguruan, Universiti Colombia, New York. Stephen menggunakan penyelidikan tindakan sebagai pendekatan dalam projek penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru. Implikasinya, program pendidikan guru praperkhidmatan di Amerika Syarikat mula menitikberatkan perkembangan guru yang reflektif melalui penulisan jurnal, seminar/dialog dan penyelidikan tindakan. Hal ini berlangsung sehingga akhir tahun 50-an apabila penyelidikan tindakan merosot disebabkan oleh perubahan budaya, politik dan ekonomi.
Di Britain, John Elliott dianggap pengembang teori dan amalan penyelidikan tindakan dalam konteks kurikulum. Antara lain, dia dan rakan-rakannya mengembangkan penggunaan prinsip dan amalan penyelidikan tindakan sebagai pendekatan untuk membantu guru melakukan inkuiri dalam pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Usaha ini dilakukannya melalui Ford Teaching Project (1972-74) dan Norwich Area School Consortium (1997-2001).
Selain itu, Lawrence Stenhouse juga dianggap mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam penyelidikan tindakan di Britain pada tahun 70-an. Beliau yang melakukan usahanya melalui Humanities Curriculum Project mempromosikan idea guru sebagai penyelidik.
Kiriman terdahulu: Kita Penyelidik dan FB Berkemungkinan... (1) Blog (2) Facebook.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan