Di bawah ini ialah ringkasan empat kisah menarik tentang Hari Valentine. Kisah lengkap nukilan Tuan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus terdapat di blog YB Drs. Khalil Idham Lim.
(1) Orang Rom kuno mengadakan upacara Lupercalia pada 13 – 18 Februari. Antara aktiviti dalam upacara itu ialah menyembah dewi cinta yang bernama Juno Februata.
(2) (a) Pada 14 Februari, pemerintah Rom membunuh paderi St. Valentine. (b) Raja Rom menghalang askar yang masih bujang berkahwin. Paderi St. Valentine tetap menikahkan para tentera bujang itu. Dia dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masehi. Jadi, Hari Valentine disambut sebagai penghormatan terhadap paderi itu.
(3) Paderi St. Valentine memainkan peranan yang penting untuk menjatuhkan Kerajaan Andalusia pada 1492. Hari Valentine disambut pada 14 Februari sebagai hari kasih sayang bersempena dengan berakhirnya pemerintahan Andalusia itu.
(4) Orang Inggeris mempercayai bahawa tarikh 14 Februari ialah musim burung mengawan.
Dalam tulisan itu, Tuan Mohd Yaakub juga memetik fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Menurutnya, persidangan kali ke-71 jawatankuasa itu pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Baca artikel lengkap di sini.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan