Keakraban, kejeleketan dan dedikasi warga Bukit Langsat menyerlah semasa audit pematuhan oleh MAMPU pada bulan Februari tahun 2004. Sebagai IPGM pertama yang berhadapan dengan pihak MAMPU untuk membolehkan BPG memperoleh sijil MS ISO bagi kali kedua, warga IPGM Kampus Keningau memang berasa tertekan. Namun segala cabaran berjaya mereka tempuhi bersama-sama dengan penuh yakin.
Pada masa itu warga IPGM Kampus Keningau menyerlahkan semangat berpasukan yang luar biasa. Mereka memanfaatkan segala sisa waktu dan bekerja dalam satu keluarga di dewan besar yang bertukar menjadi pejabat. Pada sebelah malam, iaitu sebelum hari pengauditan, mereka bertungkus-lumus memurnikan persediaan dan strategi hingga pukul tiga pagi.
Saya berasa bangga dapat terus berada dalam kalangan mereka di dewan besar dan di sebuah bilik pada malam itu. Kini, apabila mengenang kembali peristiwa itu, saya bertambah yakin bahawa keakraban, kejeleketan dan dedikasi ialah faktor terpenting kelangsungan dan kecemerlangan IPGM Kampus Keningau yang kini sudah mencecah usia 25 tahun.
Ini adalah sebahagian daripada catatan saya untuk didokumenkan bersempena dengan sambutan jubli perak IPGM Kampus Keningau. Catatan lengkap sudah saya e-melkan kepada Tuan Mohd Firdaus.
Catatan ini terhasil sesudah mengalami proses kreatif, termasuk pemeraman. Banyak kata, ungkapan dan ayat asal sudah dinyahkan. Antara ayat yang sudah dinyahkan terletak dalam perenggan terakhir dalam petikan yang di atas. Maksud ungkapan itu, pada malam itu saya sepatutnya berehat di rumah atau di hospital. Saya mengenyahkan ungkapan yang membawa maksudkan ini agar perenggan terakhir itu kelihatan biasa atau bersahaja. Saya menurutkan kata hati, pesara mesti membendung emosi.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan