Pada tahun 1972, saya mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di SRK Limbanak, Penampang. Semua murid dan guru ialah suku kaum Kadazan, kecuali saya. Saya ialah guru yang mengajarkan Bahasa Malaysia sahaja, termasuk tulisan Jawi. Kecuali sejumlah murid darjah satu, semua murid, guru dan masyarakat di kampung itu dan kampung-kampung di sekitarnya dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik.
Saya memang ingin bertutur dalam bahasa Kadazan. Sayangnya, mereka lebih gemar bertutur dalam bahasa Melayu dengan saya. Malah, anak Tuan Lawrence Lajangkip yang saya kenali sebagai Ali, 6 tahun, dan Rose, 5 tahun, kerap datang ke rumah saya dan kami berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Saya mengambil kesempatan untuk mempelajari beberapa patah perkataan bahasa Kadazan daripada Ali dan Rose. Pada masa itu ayah mereka bertugas sebagai kerani di Maktab Sabah. Rumah mereka bersebelahan dengan kediaman saya.
Seingat saya, pada masa itu kami menggunakan istilah “bahasa Malaysia” secara bertukar ganti dengan istilah “bahasa Melayu”. Hal itu berlaku kerana istilah bahasa Malaysia baru diperkenalkan pada tahun 1970 sedangkan masyarakat Kadazan di kampung itu dan kampung-kampung di sekitarnya sudah mengenali bahasa Melayu sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Hal ini dikatakan demikian kerana nama bahasa Melayu (bahasa Jawi) sudah wujud tujuh abad sebelum nama Malaysia dan bahasa Malaysia wujud.
Pada tahun 1972 itu, semua penduduk yang berumur 50 tahun ke atas yang sempat berinteraksi dengan saya, mampu menggunakan bahasa Melayu. Rumusannya, tanpa mengenali istilah bahasa Malaysia, penduduk Kampung Limbanak dan kampung-kampung di sekitarnya tetap menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang yang bukan suku kaum mereka.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam..tuan haji
dalam hal ini mana satu yang paling sesuai menurut perkiraan tuan haji
B. Melayu atau B. Malaysia...rasanya lebih cantik kalau Bahasa Melayu, jika sejak lama di kenali B. Melayu...saya agak keliru..hehe!
Catat Ulasan