Kelihatannya pihak yang berkuasa berjaya memalitkan lumpur pada DBP. Akibatnya, ada rakan menganggap DBP bagai lalang dan bertolong-tolongan mengeruhkan yang jernih.
Kita berharap kepatuhan itu bukan pengiktirafan. Sekurang-kurangnya karyawan DBP masih menggunakan kuasa untuk menolaknya dengan hati. Kita dapat mengesan sedikit penolakan yang diserapkan secara halus dalam majalah seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa. Suara penolakan yang agak ketara dapat dibaca di Facebook. Harapan kita untuk melihat DBP menggunakan kuasa “tangan yang terikat” sehingga kini masih tinggal harapan. Pada masa yang sama ada juga suara sumbang daripada kalangan mereka.
Pada masa ini DBP sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya Bahagian Buku Teks, untuk menerbitkan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Buku teks itu menggunakan istilah “bahasa Malaysia”.
Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan beberapa pertubuhan lagi perlu melantangkan suara. Dengan cara ini pihak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjasa itu kembali aktif, walaupun tidak seaktif pada bulan Mac 2009. Jika ada rakan yang pernah terbaca/terdengar suara (kenyataan) rasmi pertubuhan seperti Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Badan Bahasa Sabah (BAHASA) dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), baik benar kongsikan perkara itu di sini.
Setakat ini saya belum mengetahui akan adanya usaha oleh mana-mana pihak, khususnya GMP, untuk mengemukakan memorandum atau membuat laporan polis. Adakah perkara ini sudah dirancang atau sudah dilaksanakan? Jikalau sudah, jelaslah saya ketinggalan komuter lagi.
Tarikh 7 Mac ini ialah ulang tahun pertama Perhimpunan 100,000 Rakyat yang berjaya mengubah dasar PPSMI. Dasar penggunaan bahasa penghantar yang terdahulu, yang dirompak oleh PPSMI, belum dikembalikan sepenuh. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula menyokong "arahan longgar" April 2007, sekali gus menyebabkan kita berundur berpuluh-puluh tahun ke belakang.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam tuan haji, jemput log in follower laman etuza ya...tq
Catat Ulasan