Susunan Abu Subuh
Menurut Facebook (FB) Dewan Bahasa, ada macam-macam salam. Pada musim raya, ada salam Aidiladha atau Aidilfitri. Apabila kita menulis surat, ada salam hormat. Mereka yang berkasih sayang, mengungkapkan salam kasih dan salam sayang. Untuk ucapan atau sapaan, ada pula salam sejahtera. Namun, kata FB Dewan Bahasa, "Untuk yang ini, saya kurang faham: Salam Satu Malaysia."
Jikalau belum di hapuskan, ungkapan ini tercatat di laman Facebook Dewan Bahasa pada 30 November 2009. Ungkapan ini mendapat ulasan daripada sembilan orang peminat majalah Dewan Bahasa. Ulasan itu adalah seperti yang di bawah:
Zaiton Abu Samah: Saya pun pelik. Satu Malaysia?
Md Ruzaini Haji Bakar: Mungkin untuk semua kaum.
Zaiton Abu Samah: Sama juga dengan selamat pagi. Pagi atau apa yang selamat?
Dewan Bahasa: Untuk kata tertentu, salam sinonim dengan selamat (Salam Aidiladha = Selamat Aidiladha), dan satu lagi bermaksud "dengan rasa" atau "dengan penuh" (salam hormat = salam dengan rasa hormat atau salam dengan penuh hormat). Namun, untuk Salam Satu Malaysia, adakah Selamat Satu Malaysia? atau Salam dengan rasa atau salam dengan penuh satu Malaysia? Tidakkan kedua-dua situasi tersebut kurang tepat?
Mohd Haniff Mohammad Yusoff: Terima kasih. Sedikit sebanyak saya belajar daripada perbincangan ini.
Md Ruzaini Haji Bakar: Saya setuju, kedua-duanya kurang tepat. Pendapat saya, mungkin berkaitan dengan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang mungkin dapat ditafsirkan secara fleksibel. Sebagai contoh "good" dan "happy" bermaksud "selamat" iaitu dalam ungkapan "good morning" dan "happy birthday" tetapi jika ditafsirkan secara harfiah mungkin maknanya "pagi yang baik" dan "hari lahir yang gembira". Jadi tidak bolehkah perkataan selamat itu membawa makna yang banyak dari segi semantiknya?
Hasyuda Abadi: Ungkapan ini akan lenyap juga akhirnya nanti.
Sahrunizam Abdul Talib: Lebih kuah daripada sudu.
Dewan Bahasa: Ya, sudah jadi adat orang kita. Ikut resmi air bah. Sekali air bah, sekalilah pasir melimpah.
Marsli NO: Payahnya - kita mudah tunduk kepada saran Pak Politik. Walau tidak tepat dan kadang bagaikan mengajak kita menjadi lembu. Dan apabila si cerdik cuba menegur, apa sudahnya?
Dewan Bahasa: Sabar Pak Marsli.
Sk Cintazeni; Tuan Dewan Bahasa, yang buat saya terkejut, di Singapura pun, mereka gunakan salam itu - masa pertemuan penyair nusantara. Kami serumpun senusantara, bukan se-Malaysia! Maaf, ya, rakan-rakan Malaysia. Salam diberi tak bertempat!
Marsli NO: Sabar. Sabar. Tidak menyesalkah dengan pipi esmi. Sekolah lain meningkat keputusan dan anak-anak kita ternganga. Lepas ini nak mengajar dalam sistem apa pula, yah? Ha, ha. Sabar. Sabar.
Che Din SK Cintazeni: Sejelasnya, politik (dan sang politikus) di Malaysia memang lucu (lagi melucukan). Sebelum ini, riuh dengan Islam Hadhari, sebelumnya dengan Bersih, Cekap, Amanah. Semuanya slogan berbaur politik, bukan dasar yang jelas dan berkekalan.
Che Din Bak: Kata Saudara Ahmad Lutfi Othman, "Kalimah 'Salam 1 Malaysia' ibarat cek kosong, sedap disebut tetapi tiada nilai yang boleh dituntut".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan