Mus'ab ialah anak hartawan Quraisy. Hidupnya mewah. Dia dimanjakan oleh ibunya, Khunas binti Malik. Mus'ab memeluk Islam di rumah Arqam bin Abil Arqam di Bukit Safa.
Ibunya garang dan disegani oleh masyarakat. Apabila Mus'ab memeluk Islam, beliau terlalu khuatir akan tindakan ganas ibunya. Oleh itu, dia menyembunyikan keislamannya. Dia terus berulang-alik ke rumah Arqam untuk menghadiri majlis Rasulullah SAW.
Pada suatu hari Usman ternampak Mus'ab memasuki rumah Arqam secara sembunyi. Pada hari yang lain, Usman ternampak Mus'ab bersolat seperti solat Muhammad SAW. Usman segera mengadukan hal itu kepada ibu Mus'ab. Keislaman Mus'ab diketahui oleh ibunya.
Majlis bersemuka diadakan di rumahnya. Mus'ab berdiri di hadapan ibunya, keluarganya serta para pembesar Makkah. Mus'ab membacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka. Bacaannya penuh keyakinan dan menyerlahkan ketakwaannya.
Apabila melihat tindakan Mus'ab itu, Khunas segera menghayun tangannya. Dia bertujuan hendak menghinggapkan tamparan paling keras ke muka budak manja yang sudah bertukar menjadi berani itu. "Anak tidak berguna!" mungkin begitulah ledakan amarah hatinya.
Mus'ab bersedia menerima habuannya. Dia berserah diri kepada takdir Ilahi. Cahaya iman memancar di mukanya. Hal ini menyebabkan tangan ibunya terkulai. Watak keibuannya segera menjelma. Mus'ab anak tunggalnya. Mus'ablah jantung hati, intan payungnya.
Namun demikian, Mus'ab tidak terlepas begitu sahaja. Kaum keluarga dan para pembesar Quraisy tetap menonjolkan tuntut bela demi berhala-berhala mereka. Khunas mengalah. Mus'ab dikurung di dalam satu ruang sempit di dalam rumahnya.
Setelah beberapa lama Mus'ab berada dalam kurungan, beliau mendapat berita bahawa beberapa orang Islam di Makkah bercadang untuk berhijrah ke Habsyah. Mus'ab mencari helah dan akhirnya dia dapat melepaskan diri daripada kurungan ibunya. Beliau pun mengikut rakan-rakan seimannya itu berhijrah ke Habsyah.
Khunas sungguh berang. Dia menghentikan semua pemberian kepada Mus'ab.
Tidak lama di Habsyah, mereka pulang semula ke Makkah. Khunas cuba mengurung Mus'ab semula. Mus'ab bersumpah akan membunuh orang suruhan ibunya jika dia cuba dikurung. Untuk kebaikan anaknya yang tercinta, Khunas membebaskan Mus'ab. Maka berlakulah sesuatu yang sangat mengharukan: anak dan ibu berpatah arang, berkerat rotan.
Khunas berkata, "Pergilah ke mana-mana ikut suka hatimu! Aku bukan ibumu lagi!"
Mus’ab merayu, "Wahai ibuku, aku sudah sampaikan nasihat kepadamu. Aku kasihan akan ibu. Oleh itu saksikanlah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya."
Kemudian atas perintah Rasulullah SAW. Mus'ab dan sahabat-sahabat seimannya berhijrah sekali lagi ke Habsyah. Mus'ab meninggalkan kemewahan untuk ke Habsyah dan kemudian ke Madinah pula.
Mus'ab dipilih oleh Rasulullah SAW. sebagai utusan ke Madinah. Beliau ditugaskan mengajar dua belas orang golongan Ansar yang telah beriman dan bai'ah dengan Rasulullah di Bukit Aqabah. Beliau juga ditugaskan mengajak orang lain memeluk Islam. Markas beliau ialah rumah.
Antara cara dakwah Mus'ab ialah mengunjungi kabilah, rumah dan tempat pertemuan. Di situ beliau menyampaikan kalimah Allah "bahawa Allah Tuhan Maha Esa". Dakwah Mus'ab berkesan. Ramai penduduk Madinah memeluk Islam.
Semasa berdakwah, Mus'ab menghadapi dugaan yang berbagai-bagai. Satu daripada peristiwa yang mengancam nyawanya adalah seperti yang berikut:
Pada suatu hari, ketika dia sedang mengajar, muncul ketua kabilah Abdul Asyhal yang bernama Usaid bin Hudlair. Usaid sangat marah melihat Mus'ab mendakwah anak-anak buahnya. Usaid mengacukan lembingnya kepada Mus'ab. Mereka yang sedang belajar ketakutan. Mus'ab tetap tenang.
Dengan suara yang lembut, Mus'ab mempersilakan Usaid mendengar penerangannya. Setelah mendengar penerangan itu, jikalau Usaid suka, dia boleh menerimanya. Sebaliknya, jikalau Usaid masih tetap membencinya, Mus'ab berjanji akan meninggalkan tempat itu.
Usaid mendengar penerangan Mus'ab. Akhirnya Usaid memeluk Islam. Rakannya, Saad bin Mu'az dan Saad bin Ubadah juga memeluk Islam.
Beberapa lama kemudian …
Pada suatu hari beberapa orang sahabat duduk mengelilingi Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba muncul Mus'ab dengan pakaian usang yang bertampal-tampal. Para sahabat segera menundukkan kepala dan memejamkan mata apabila melihat keadaan Mus'ab. Mereka teringat, pada suatu masa dahulu, Mus'ab ialah pemuda tampan yang sentiasa berseri-seri dengan pelbagai jenis pakaian yang sering bertukar ganti. Apabila terkenang akan hal itu, beberapa orang daripada sahabat sengaja melindungi muka mereka kerana telah dibasahi oleh air mata.
Sebaliknya Rasulullah SAW menatap wajah Mus’ab dengan senyuman penuh erti, tepu dengan kesyukuran dan cinta kasih untuknya. Baginda bersabda, "Dahulu saya lihat tiada sesiapa dapat menyaingi kemewahan Mus'ab. Kesemuanya itu ditinggalkannya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya". Hal ini diabadikan dalam sebuah hadis seperti yang berikut:
Daripada Ali bin Abi Talib r.a., bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihatnya, baginda menangis kerana terkenang akan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu dan kerana melihat akan nasib Mus'ab sekarang. Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pada waktu pagi berpakaian dengan satu pakaian, dan pada waktu petang berpakaian dengan pakaian lain pula. Dan apabila disajikan satu hidangan, disusuli pula dengan hidangan yang lain. Dan kamu menghias rumah kamu seperti kamu memasang kelambu Makkah?"
Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah! Tentunya pada waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada ibadat dan tidak usah mencari rezeki."
Lalu Nabi SAW bersabda, "Tidak! Keadaan kamu pada hari ini lebih baik daripada keadaan kamu hari itu." (Tarmizi)
Dalam peperangan Uhud, suatu ketika Hamzah syahid ditombak dari belakang oleh Wahsyi. Panji-panji yang pegang oleh Hamzah jatuh. Mus'ab segera mengambil panji-panji itu.
Apabila tentera Islam kucar-kacir, Mus'ab memainkan peranannya. Beliau menarik perhatian musuh dengan mengacungkan panji-panji setinggi-tingginya sambil menghunus pedang. Mulutnya melaungkan takbir. Dia memancing musuh agar mengejarnya. Musuh mesti melupakan Rasulullah SAW yang hampir tersepit. Taktiknya berjaya. Musuh menyerbunya.
Seorang musuh berkuda berjaya memenggal sebelah tangannya hingga putus. Darah merah mengalir. Panji-panji hampir terjatuh. Dia menjangkau panji-panji itu dengan tangan yang sebelah lagi. Mulutnya mengucapkan kalimah, "Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa Rasul."
Musuh berkuda itu berjaya mencantas tangannya yang memegang panji-panji. Panji-panji jatuh. Dia membongkok. Dia menggapai panji-panji dengan kedua-dua pangkal lengannya. Dia berusaha melekapkan panji-panji itu ke dadanya. Mulutnya terus mengucapkan kalimah, "Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa Rasul."
Musuh berkuda itu menyerangnya kali ketiga. Musuh berjaya menusukkan tombak ke tubuh Mus'ab. Mus'ab gugur menyembah bumi.
Nota
Kisah ini ialah edisi baharu. Edisi asal pernah disiarkan dalam E-Grup Gerak Usrah pada 6 April 2001 dengan menggunakan nama pena Cikgu Isa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan