12 Mei 2011

Jangan Sambut April Fool


Petikan masukan terdahulu: April Fool tidak boleh disambut oleh orang Islam kerana perayaan itu mempunyai unsur tipu helah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan silaturahim.

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut: Menipu ialah satu sifat yang buruk. Manusia yang berakhlak dan beriman tidak layak mengamalkan perbuatan itu. Bahkan perbuatan itu ialah petanda kemunafikan. Rasulullah SAW bersabda, "Orang munafik mempunyai tiga ciri: dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah." (Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e)

Rasulullah SAW juga bersabda, “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” (HR Ahmad dan At-Thabrani).

Ada hadis memberikan amaran supaya jangan menakutkan orang sama ada secara serius atau bergurau. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” (Abu Daud)

Rumusannya, sambutan April Fool dilarang kerana

1. Berupa penipuan
2. Menyebabkan berlakunya kesedihan/ketakutan akibat penipuan itu
3. Berupa pengkhianatan atas kepercayaan yang diberikan
4. Berupa peniruan budaya buruk yang bukan milik kita

Baca lagi penjelasan di sini: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool.html#ixzz1M3YyBpfg

Tiada ulasan: