Siri Usrah/Tazkirah
Aku mula mengenali usrah 30 yang tahun lalu. Gambaran peristiwa pertemuan kali pertama itu masih jelas. Namun tarikh dan masa peristiwa itu berlaku begitu kabur dalam ingatanku.
Suatu hari, rakan sekerjaku, Ustaz Abu Bakar, mempelawaku menyertai usrahnya. Dengan senang hati aku menerima pelawaannya. Malah aku bangga kerana Ustaz Abu Bakar ialah naqib usrah itu.
Pada masa itu Ustaz Abu Bakar tinggal di Kampung Air. Dia menjemputku di kampus.
"Kita akan ke flet kerajaan di BDC," katanya sebaik sahaja kereta kecil berwarna kuning pinang masak yang sudah tua itu mula bergerak . "Tiga orang guru tinggal di sana," tambahnya.
Ustaz Abu Bakar membawa beg kecil. Kuagak beg itu berisi buku. Aku tangan kosong sahaja. Sepanjang perjalanan kami diam.
Kami sampai di flet kerajaan itu ketika hampir waktu maghrib. Di ruang tamu, lebih kurang sepuluh orang belia sedang berbual-bual. Beberapa orang dalam kalangan mereka aku kenal.
Setelah bersalaman dan bertegur sapa, kami menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Sehabis solat dan berdoa, imam mengetuai zikir. Hadirin berzikir berpandukan buku kecil macam buku surah Yasin.
Seterusnya ada perbincangan tentang ekonomi. Antara tajuk perbualan yang aku cukup ingat ialah penempahan tiket kapal terbang secara berkumpulan dan lebih awal untuk memperoleh potongan tertentu. Aku langsung tidak mengambil bahagian dalam perbincangan itu. Namun, aku dapat idea daripada mereka dan pada masa itu juga aku merancang untuk bertemu tunangku dengan menaiki kapal terbang.
Sekarang aku berfikir, pernahkah aku mengambil kira pelbagai gangguan perasaan ahli yang pertama kali menyertai usrah? Jawapannya bermula dengan "tidak" dan kemudian "ya".
Sebelas tahun kemudian, aku menjadi naqib. Akibat kegagalanku memanfaatkan pengalaman berusrah kali pertama, seorang ahli baharu tidak muncul lagi setelah menghadiri sesi pertama. Mungkin aku terlalu "keras" pada masa itu, atau ada sesuatu perkara lain yang tidak kena.
Ada beberapa kali pula selepas itu, akibat kenal nama sahaja semasa taaruf penerimaan ahli baharu, aku menghadapi pelbagai kerenah mereka. Satu antaranya berakhir dengan pemecatan dan satu lagi berakhir dengan peletakan jawatan.
Aku mula mengenali usrah 30 yang tahun lalu. Gambaran peristiwa pertemuan kali pertama itu masih jelas. Namun tarikh dan masa peristiwa itu berlaku begitu kabur dalam ingatanku.
Pandanganku terhadap Ustaz Abu Bakar begitu tinggi. Padaku, dia bukan sekadar naqib, malah pejuang. Dia "dibuang" ke sini kerana, semasa di Kota Kinabalu, dia terlalu aktif dan lantang. Sebagai ketua sebuah organisasi belia Islam pada peringkat negeri, dia memang berani menaggung risiko.
Pada masa itu Ustaz Abu Bakar tinggal di Kampung Air. Dia menjemputku di kampus.
"Kita akan ke flet kerajaan di BDC," katanya sebaik sahaja kereta kecil berwarna kuning pinang masak yang sudah tua itu mula bergerak . "Tiga orang guru tinggal di sana," tambahnya.
Ustaz Abu Bakar membawa beg kecil. Kuagak beg itu berisi buku. Aku tangan kosong sahaja. Sepanjang perjalanan kami diam.
Kami sampai di flet kerajaan itu ketika hampir waktu maghrib. Di ruang tamu, lebih kurang sepuluh orang belia sedang berbual-bual. Beberapa orang dalam kalangan mereka aku kenal.
Walaupun pada masa itu aku masih muda, namun semua sahabat usrahku itu nampaknya lebih muda daripadaku. Mereka ialah guru dan kakitangan kerajaan di bandar ini. Terasa aku mendapat perhatian lebih. Agaknya, yang pertama, aku kelihatan intim dengan naqib mereka. Yang kedua, aku orang kedua bergelar pensyarah yang menyertai kumpulan mereka.
Setelah bersalaman dan bertegur sapa, kami menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Sehabis solat dan berdoa, imam mengetuai zikir. Hadirin berzikir berpandukan buku kecil macam buku surah Yasin.
Pada masa itu aku memang tidak tahu nama buku kecil itu. Aku cuma mengongsi buku rakan sebelahku. Terasa zikir itu terlalu panjang! Pada masa itu aku kurang merasai nikmatnya. Aku cuma seronok dengan irama zikir itu.
Selepas itu kami bersolat isyak. Selepas isyak ada pembacaan buku, diikuti dengan perbincangan. Aku tidak dapat mengikuti biji butir perbincangan itu kerana terasa masih berdiri di tepi gelanggang tanpa bahan rujukan.
Seterusnya ada perbincangan tentang ekonomi. Antara tajuk perbualan yang aku cukup ingat ialah penempahan tiket kapal terbang secara berkumpulan dan lebih awal untuk memperoleh potongan tertentu. Aku langsung tidak mengambil bahagian dalam perbincangan itu. Namun, aku dapat idea daripada mereka dan pada masa itu juga aku merancang untuk bertemu tunangku dengan menaiki kapal terbang.
Rancanganku semasa usrah itu terbukti kemudian. Aku menaiki kapal terbang kecil, lapan tempat duduk, untuk mengunjungi tunangku di kampungnya. Lebih seronok lagi, waktu pulang, aku dan pilot sahaja dalam kapal terbang kecil itu. Beberapa kali pilot itu meminta aku memberi penjelasan tentang kampung-kampung di kaki gunung itu seolah-olah aku anak orang kaya tempatan yang serba tahu tentang perkampungan tanaman sayur-sayuran tanah tinggi itu. Hal itu tidak pernah kuulangi. Lagipun, sebaik-baik kami berkahwin, lapangan terbang itu ditutup. Ini kesan sampingan usrah pertama!
Sekarang aku berfikir, pernahkah aku mengambil kira pelbagai gangguan perasaan ahli yang pertama kali menyertai usrah? Jawapannya bermula dengan "tidak" dan kemudian "ya".
Sebelas tahun kemudian, aku menjadi naqib. Akibat kegagalanku memanfaatkan pengalaman berusrah kali pertama, seorang ahli baharu tidak muncul lagi setelah menghadiri sesi pertama. Mungkin aku terlalu "keras" pada masa itu, atau ada sesuatu perkara lain yang tidak kena.
Ada beberapa kali pula selepas itu, akibat kenal nama sahaja semasa taaruf penerimaan ahli baharu, aku menghadapi pelbagai kerenah mereka. Satu antaranya berakhir dengan pemecatan dan satu lagi berakhir dengan peletakan jawatan.
1995, aku dan keluarga di hadapan rumah seorang anak usrah di Kangar. |
Pengalaman itu kemudiannya kumanfaatkan untuk menyusun strategi melayani ahli yang pertama kali menghadiri usrahku, apalagi jika mereka belum pernah menghadiri sebarang usrah sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan