Siri Usrah/Tazkirah
Organisasi (jemaah) ada menggariskan manhaj usrah dan mesti diikuti oleh usrah organisasi. Peraturan ini wajar bagi memastikan keseragaman tafahum (kesefahaman) dalam kalangan ahli.
Manhaj usrah berperingkat. Pemilihan dan pelaksanaannya bergantung pada kefahaman sedia ada ahli. Manhaj yang di bawah ini merupakan manhaj tarbiah yang sesuai untuk anak usrah (mad’u) umum, iaitu mereka yang belum komited dengan mana-mana jemaah.
1992, rehlah di hutan sekunder, tebing Sungai Agudon. Abu Saufi menyampaikan taklimat. Turut hadir ialah ahli usrah dari Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. |
Selalunya, manhaj usrah menekankan dua aspek, iaitu pentarbiahan diri dan pembinaan jemaah. Dalam manhaj usrah untuk mad'u umum, aspek kedua kurang disentuh. Perlu juga diingat bahawa manhaj ini bersifat luwes. Nuqaba' perlu menilai fikrah ahli dan menyesuaikan manhaj dengan ahli usrahnya. Aktiviti sokongan luar seperti rehlah, ziarah, riadah, treasure hunt dan sebagainya dapat membantu mengeratkan ukhuwah.
1. Hafalan Al-Quran
Surah untuk usrah umum ialah surah lazim, iaitu al-Duha hingga surah al-Nas. Ayat-ayat lain seperti ayat 1-11 surah al-Mukminun boleh juga dihafal.
2. Tafsir Al-Quran, Al-Hadis dan Sirah
Boleh gunakan buku Tafsir Surah Hud dan Yunus karangan Nik Abdul Aziz. Untuk hadis pula, boleh digunakan buku Hadis 40 karangan Imam Nawawi atau Hadis Akhir Zaman karangan Ali al-Banjari. Untuk Sirah Nabawi, boleh gunakan buku Fiqh Harakah oleh Haji Abdul Hadi Awang, atau buku Fiqh Sirah oleh Said Muhammad Ramadhan Al-Buti. Slot ini digilir-gilirkan dalam beberapa siri usrah. Dengan perkataan lain, slot ini tidak dilaksanakan serentak dalam satu usrah.
3. Thaqafah Islami
Dalam slot ini, naqib membentangkan kertas kerja dan diikuti dengan perbincangan. Barangkali yang ini bolehlah dipanggil sebagai silabus usrah. Senarai yang diolah dalam bentuk kertas kerja adalah seperti dalam lampiran A.
4. Isu Semasa
Slot ini untuk melatih ahli menjadi peka dan kritis terhadap perkembangan semasa sama ada di dalam mahupun di luar negara.
5. Tazkirah
Menggunakan buku tazkirah karangan Nik Abdul Aziz. Dalam slot tazkirah ini seelok-eloknya disebut perihal mati dan hari akhirat kerana dua perkara ini akan menimbulkan keinsafan kita sebagai hamba Allah. Insya-Allah, apabila timbulnya keinsafan itu, jiwa ahli usrah akan lebih lembut.
Habbat Nasim ialah nama pena pelajar perubatan sebuah universiti. Khabar terakhir, beliau bertugas sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan di Pahang.
Lampiran A
1. Pengertian Tasawur Islam: Pengertian Islam, Dasar Islam, Tujuan Hidup Islam, Silap Faham tentang Tasawur Islam.
2. Islam sebagai al-Din: Islam Penyelesai Masalah Umat Kini, Islam sebagai al-Din Para Rasul dan Nabi , Kesyumulan Islam dari Segi Politik, Ekonomi, dan Sosial.
3. Akhlak: Sifat Seseorang yang Berakhlak, Tazkiah Jiwa.
4. Aqidah I, Iman: Erti Iman, Ciri-Cirinya, Iman, Islam dan Syahadah; Perkara yang Membatalkan Islam.
5. Aqidah II, Konsep Syahadatain I: Konsep Ilah dan Syahadah, Tauhid Uluhiah dan Rububiah, Konsep Illah dan syahadatain, Tauhid Asma wa Sifat.
6. Aqidah III, Konsep Syahadatain II: Pengertian Syahadah, Perkara yang Membatalkan Syahadah.
7. Aqidah IV: Kufur, Syirik, Riddah, Nifak, Ciri Kufur Masa Kini.
8. Aqidah V: Ideologi dan Isme Baharu: Sekularisme, Nasionalisme, Sosialisme, dan Lain-lain.
9. Ibadah I: Ibadah dan Ciri-Cirinya, Ibadah sebagai Bekalan di Jalan Dakwah, Sirah Rasulullah dan Sahabat Mengenai Ibadah.
10. Tarbiah: Erti, Silap Faham tentang Konsep Tarbiah, Tarbiah Rasulullah pada Zaman Makiyah dan Madaniyah.
11. Dakwah I, Pengenalan: Pengertian dan Dalil, Kepentingan dan Tuntutan, Dakwah pada Zaman Mekah dan Madinah.
12. Dakwah II, Amar Makruf Nahi Munkar: Erti dan Konsep, Silap Faham tentang Tuntutan Sebenar.
13. Dakwah III, Dakwah Fardiah: Erti, Kepentingan, Cara Melaksanakannya.
14. Jihad: Erti dan Tuntutannya, Jenis Jihad, Sirah Rasulullah tentang Jihad.
15. Konsep Pemerintahan Islam Zaman Rasulullah: Ekonomi, Politik, Pendidikan, Pertahanan dan Lain-Lain.
16. Amal Islami dan Amal Jamai: Kepentingan Amal Islami , Kepentingan Bekerja Secara Berjemaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan