Sudah lebih seminggu saya kurang sihat. Pakej ubat yang pertama sudah habis. Saya masih menjalani rawatan sendiri dengan memakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor swasta.
Sepanjang malam tadi saya menghabiskan masa di dalam bilik tidur. Meja kerja saya di bilik tidur juga. Rumah kami kecil. Saya tidak mempunyai bilik kerja yang tersendiri. Keasyikan saya membaca status dan nota rakan muka buku menyebabkan saya berasa masa berjalan pantas. Sesekali saya mencatat ulasan pada status rakan.
Namun keasyikan menatap muka buku gagal mengenyahkan rasa tidak selesa. Ketidakselesaan itu berterusan hingga ke pagi. Keluar masuk nafas kurang lancar. Sesekali saya berasa nafas saya tersekat. Sesekali saya mencungap.
Sepanjang malam tadi daripada dada saya kedengaran gelegak kecil. Gelegak itu seakan-akan dengkuran kucing manja, muncul hilang, timbul tenggelam. Demi mengurangkan ketidakselesaan itu, saya mengulum gula-gula antiseptik walaupun saya tahu perbuatan itu meningkatkan indeks kencing manis yang sudah lebih lima tahun saya hidapi. Untuk mengimbangkan kadar gula itu, saya minum air kosong banyak-banyak.
Apabila berasa bosan, saya duduk di kerusi malas. Saya menghadap tingkap yang terbuka. Saya berasa segar apabila menyedut udara dari luar. Sayangnya, apabila tingkap dibuka, Embun tidak boleh berada di dalam bilik. Embun memang pantang melihat tingkap terbuka. Dia akan melompat ke luar. Amat susah untuk memujuknya agar kembali apabila dia sudah berada di atas atap sengkuap.
Kasihan Embun. Dia sakit juga. Bekas cakaran kucing siam di perutnya membisul. Pada sebelah pagi doktor haiwan sudah merawat bisul itu. Dia kelihatan semakin selesa. Saya pula yang kurang selesa. Jadi, saya mahu dia mengalah.
Malam tadi Embun tidur di luar. Mungkin dia ada mengiau di luar pintu bilik sebagai isyarat agar pintu dibuka. Saya tidak mendengar ngiauannya itu. Saya sudah membuat keputusan. Dia tidak boleh menemani saya kerana tingkap terbuka.
Dalam keadaan tidak selesa itu banyak perkara berlegar dalam fikiran. Perkara utama yang saya fikirkan ialah masa ketibaan ajal. Saya selalu berdoa agar Allah memelihara kesihatan dan memanjangkan umur saya. Pada masa yang sama saya berpesan pada diri agar reda apabila berhadapan dengan Izrail.
Pada pukul sebelas saya mendapat idea. Idea itu ada kaitan dengan kematian. Idea itu saya proses dalam fikiran. Tidak lama kemudian saya memperoleh tajuk “Tidur di Atas Kubur” untuk dijadikan catatan. Saya berjaya mencipta perenggan pertamanya. Perenggan itu seperti yang di bawah. Perenggan ini tercatat dalam status muka buku saya malam tadi:
“Saya belum pernah tidur di atas kubur. Selagi saya boleh memilih, tidak mungkin saya sengaja tidur di atas kubur sehinggalah saya dimasukkan ke dalam lubang kubur. Saya hanya pernah melintasi tanah perkuburan pada waktu malam dan tidur di puncak bukit dalam kawasan tanah perkuburan. Pengalaman saya tidaklah sehebat pengalaman sekumpulan rakan yang benar-benar tidur di atas kubur.”
Idea mengalir bagai air terjun. Oleh sebab pengaliran idea itu laju, sedangkan kecekapan saya menukilkannya perlahan, terdapat pula kerosakan empat mata papan kekunci, termasuk huruf “a” yang tinggi kekerapan penggunaannya; maka kemajuan penulisan catatan itu terganggu. Saya hanya sempat menyiapkan separuh catatan itu. Kebosanan melanda. Akhirnya kebosanan itu membadai jiwa. Saya mematikan suis komputer dan berbaring.
Kesesakan nafas reda. Gelegak asma di dada menurun. Kantuk pula menghilang. Terkebil-kebillah saya melihat siling. Apabila bosan melihat siling, saya menatap dinding. Apabila bosan menatap dinding, saya merenung jam. Mata saya mengikut gerak jarum jam. Saya berusaha berzikir dalam hati tetapi timbul tenggelam natijah ketidakselesaan. Akhirnya saya terlelap.
Setengah jam kemudian saya terbangun. Subuh menjenguk sejam lagi.
Pagi ini catatan “Tidur di Atas Kubur” masih terbengkalai. Saya hanya berjaya menyiapkan catatan ini untuk tatapan rakan-rakan. Itu pun sekiranya rakan-rakan sudi membacanya. Insya-Allah, sekiranya kesihatan saya mengizinkan dan jasad saya masih belum bersemadi di dalam kubur, catatan itu akan saya siapkan. Bila? Wallahuaklam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan