Prof. Khoo Kay Kim menyatakan, "Bukannya Hang Tuah tidak wujud, tetapi hanya bukti kewujudannya tidak ada." – Facebook Dewan Sastera.
Seperti Encik Jamil, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Profesor Khoo Kay Kim. “Terima kasih, profesor. Profesor memang hebat. Maafkan pula saya. Saya dapati profesor menggunakan lebih daripada tiga suku masa yang diperuntukkan bagi menjelaskan hal yang sipi atau terkeluar daripada tajuk.”
Alhamdulillah, penjelasan panel kedua dan ketiga sungguh bernas. Ulasan hadirin pula berisi. Saya memilih Ustaz Uthman sebagai pengulas terbaik.
Terima kasih DBP. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk melapangkan masa bagi menghadiri forum yang akan datang.
Saya berharap isi forum itu akan dapat dibaca dalam majalah Dewan Sastera keluaran April atau Mei.
Molek sangat pihak DBP, termasuk editor majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera, menganalisis ayat ini.
Saya menyokong pandangan wakil Persatuan Sejarah Melaka, Encik Jamil Ahmad, bahawa kita terhutang budi kepada Profesor Khoo Kay Kim. Saya bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa “ungkitan” oleh profesor itu menyebabkan kita ligat berfikir dan, insya-Allah, akan lebih ligat melakukan kajian. Saya sudah memasang azam untuk mengulang kaji buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Seperti Encik Jamil, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Profesor Khoo Kay Kim. “Terima kasih, profesor. Profesor memang hebat. Maafkan pula saya. Saya dapati profesor menggunakan lebih daripada tiga suku masa yang diperuntukkan bagi menjelaskan hal yang sipi atau terkeluar daripada tajuk.”
Alhamdulillah, penjelasan panel kedua dan ketiga sungguh bernas. Ulasan hadirin pula berisi. Saya memilih Ustaz Uthman sebagai pengulas terbaik.
Terima kasih DBP. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk melapangkan masa bagi menghadiri forum yang akan datang.
Saya berharap isi forum itu akan dapat dibaca dalam majalah Dewan Sastera keluaran April atau Mei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan