Jangan Campuri Hal Ehwal Islam
Oleh Ridhuan Tee Abdullah, Sinar Harian, 26 Mac 2012
Petikan:
Persoalannya hari ini, kenapa bahasa Melayu seolah-olah langsung tidak mendapat tempat dalam kalangan sebahagian mereka yang datang berhijrah dan tinggal di bumi bertuah ini?
Kita terpaksa berdakwah atau menyampaikan maklumat dalam bahasa ibunda mereka, bukan menggunakan bahasa rasmi negara. Jika perkara ini berterusan, sampai bilakah mereka boleh memahami bahasa Melayu? Tidakkah mereka sepatutnya diwajibkan belajar bahasa Melayu. Akhirnya, dakwah terbantut, sehingga ke hari ini tidak sampai satu peratus bukan Melayu memeluk Islam.
Agak menjelikkan dalam satu seminar baru-baru ini di tempat saya sendiri, hanya kerana terdapat seorang pelajar Korea, secara tiba-tiba kita terus tukar medium kepada bahasa Inggeris. Kenapa perkara ini boleh berlaku dalam negara yang berasaskan kenegaraan Melayu? Hina sangatkah bahasa Melayu? Siapa yang sepatutnya belajar Bahasa Melayu jika mereka berada dalam sebuah negara Melayu?
Perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada negara-negara yang mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka. Cuma kita sahaja yang terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri terluka dan berdarah, langsung tidak dipedulikan. Akhirnya, kaduk naik junjung. Golongan ini menjadi semakin ultra kiasu. Kepentingan bangsa lebih diutamakan daripada kepentingan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan