31 Mac 2012

Lekeh Sangatkah Bahasa Melayu? - Peguam


Pedoman Bahasa (JPEG) 085. Kumpulan Kembara Bahasa 31 Mac 2012.

 Ini tulisan peguam yang membantu tokoh bahasa kita (yang menentang PPSMI), khususnya hal yang berkaitan dengan “Perhimpunan 100,000 Rakyat” pada 7 Mac 2009. Klik.

Petikan 1:
“Saya bukan antibahasa Inggeris. Saya sendiri belajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris untuk ijazah pertama dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya dan sarjana undang-undang perbandingan di Universiti Islam Antarabangsa. Tugas saya sebagai seorang peguam sepenuh masa sememangnya memerlukan penguasaan bahasa Inggeris dengan baik. Namun ini bukanlah alasan bagi saya untuk tidak melihat dengan gusar 'layanan' dan cabaran terhadap bahasa Melayu sekarang.”

Petikan 2:
Cabaran utama terhadap martabat dan kelangsungan bahasa Melayu datangnya daripada pengguna bahasa itu sendiri, khususnya mereka yang lahir dan membesar sebagai orang Melayu atau suku kaum asal dunia Melayu. Lebih malang ialah cabaran ini datangnya daripada cerdik pandai dan pemimpin yang bertaraf nasional. Sensitiviti mengenai betapa bahasa Melayu sewajarnya dipertuturkan dan bukannya bahasa Inggeris (yang kadang-kadang secara tidak betul nahunya) seperti tidak dipedulikan oleh mereka.

Petikan 3:
Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ada tempat masing-masing. Di tempat yang terbuka, dalam majlis rasmi, dalam media televisyen atau radio, bercakaplah dalam Bahasa Melayu. Lekeh sangatkah bahasa itu berbanding bahasa asing tersebut?

Tiada ulasan: