Pada 16 Mac 2012, lebih kurang pukul 7.10 malam, saya mengirim ulasan kepada Kumpulan Kembara Bahasa (KKB). Ulasan itu tercatat dalam status (thread, jalur?) yang dihantar oleh Tuan Ramli Abdul Rahim. Ulasan itu berupa petikan pandangan Saudara Ali Bukhari Amir (ABA) tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pandangan ABA yang saya petik adalah seperti yang berikut:
Petikan pandangan Tuan Ali Bukhari Amir:
PPSMI ialah dasar yang silap. Tuhan mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul menurut bangsa mereka sendiri agar bani memahami ilmu yang disampaikan para nabi. Nas ini boleh dirujuk kepada guru-guru agama.
PPSMI ialah dasar yang bertentangan dengan roh, jiwa dan lari daripada semangat penghayatan al-Quran. Ilmu sains dan matematik yang mahu diajar kepada “bani Melayu” tidak diajarkan dalam bahasa Melayu.
Guru-guru bagaikan “nabi” yang menuturkan pengertian sesuatu ilmu itu secara langsung ke atas “bani-bani”, sesuai menurut lidah bangsa itu. Ini sunnahtullah dan sunah para nabi yang terdahulu.
Jadi, secara ringkasnya, tindakan mengajarkan ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa yang bukan milik sesuatu bangsa itu adalah amalan bidaah dalam pemerintahan negara kita. Semua umat Islam yang faham hakikat ini, mestilah menolak amalan bidaah yang dilakukan dalam sistem pendidikan negara Islam Hadhari ini.
Mengikut sunah pemerintahan nabi-nabi, hal pendidikan dan asuhan ke atas umat itu mesti dilakukan dengan bahasa sesuatu kaum itu sendiri. Tuhan menyebut, bahawa setiap bangsa itu diberikan nabi dalam kalangan mereka.
Rujuk: https://www.facebook.com/messages/100000484680810#!/groups/282272445166821/doc/312789055448493/
Dalam ruangan ulasan selepas petikan yang di atas, saya menulis: “Saya hanya menyampaikan pandangan Tuan Ali Bukhari Amir. Tuan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Sattar, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Ustazah Zubaidah dan rakan-rakan yang mempunyai pendidikan formal dalam bidang agama wajar mengesahkan atau menafikan pandangan ini.”
Petikan itu menggambarkan pendirian saya tentang PPSMI. Saya berharap rakan-rakan dalam KKB akan memberikan sambutan yang sewajarnya. Jadi, selepas solat Isyak saya cuba mengesan “thread” itu untuk mengetahui sambutan mereka. Usaha saya itu gagal. Pagi ini saya melakukan pengesanan yang lebih teliti dan masih kecundang.
Oleh hal yang demikian, saya memohon rakan-rakan yang arif tentang komunikasi di Internet untuk membantu saya mendapatkan maklumat sama ada hantaran itu, berserta ulasan saya, terperosok, tersembunyi, atau terpadam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan