Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 5 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 18 Mei 2012.
Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera.
Kali ini mari kita bincangkan kata yang menimbulkan masalah dalam penggunaannya, iaitu kata setengah dan sesetengah atau setengah-setengah. Kerap kali kita mendengar atau membaca tulisan ataupun ungkapan, percakapan yang menggunakan kata yang salah berkaitan dengan setengah ataupun setengah-setengah.
Apabila dikatakan *setengah orang, maka terbayanglah pada kita bahawa orang itu tidak sempurna jasadnya, barangkali dari pinggang ke atas atau dari pinggang ke bawah kerana setengah termasuk dalam kata bilangan pecahan, sama dengan seperdua, seperempat dan sebagainya. Oleh itu untuk menunjukkan bilangan yang tidak tentu atau bilangan yang umum, kata yang tepat ialah setengah-setengah. Maka bentuk yang betul ialah setengah-setengah orang ataupun dalam ayat boleh kita katakan menurut pandangan setengah-setengah orang.
Kalau kita katakan menurut pandangan *setengah orang maka terbayanglah orang itu jasadnya atau badannya hanya setengah. Itu maksud setengah berbanding dengan setengah-setengah yang bererti sebilangan, sebahagian, sejumlah atau beberapa.
Demikian juga apabila dikatakan bendera setengah tiang, itu jelas menunjukkan kedudukan bendera pada pertengahan tiang; ataupun kita katakan setengah gelas air, jelas kedudukan permukaan air berada pada pertengahan gelas. Maka itu tidak sesuai dan bahkan tidak benar, tidak betul, kita katakan menurut *setengah orang.
Kadangkala saya berjenaka dengan mengatakan, tiga suku itu pun masih tidak lengkap kerana tiga suku bererti orang yang tidak siuman, maka setengah itu kurang daripada tiga suku. Maka lebih tidak tepat kalau kita katakan menurut *setengah orang, orang yang tidak sempurna daripada sudut jasadnya. Oleh itu hendaklah kita gunakan kata yang tepat iaitu setengah-setengah orang, setengah-setengah kalangan, setengah-setengah golongan.
Ada satu lagi bentuk yang dapat kita gunakan, bentuk yang ringkas, iaitu sesetengah, iaitu sebagai bentuk kata ganda separa daripada bentuk setengah-setengah. Maka bolehlah kita gunakan setengah-setengah orang ataupun sesetengah orang tetapi bukan *setengah orang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan