Pagi tadi saya menghadiri Diskusi Intelektual di DBP, KL. Alhamdulillah, kini saya sudah berada di rumah. Pemanduan dari DBP ke Port Dickson lancar. Minyak kereta mencukupi. Kini saya pasti bahawa beg duit saya yang mengandungi wang, kad pengenalan, lesen memandu dan beberapa dokumen lain berada di dalam poket seluar biru di rumah. Ertinya, saya ke DBP dan pulang tanpa wang dan dokumen yang perlu dibawa.
Rupa-rupa kegiatan memandu kereta setelah menyedari beg yang mengandungi dokumen-dokumen penting itu tiada dalam poket “menggelisahkan”. Jikalau sesiapa meminta saya mengulangi pengalaman itu, saya menolak permintaan itu dengan hormat walaupun diberi ganjaran melebihi jumlah yang diperlukan untuk membayar saman.
Pada tahun 2010, berkali-kali saya memandu Rusa tua berplat SU tanpa menyedari bahawa cukai jalan sudah tamat tempohnya hampir setahun. Pada tahun itu dua kali saya ditahan oleh pihak penguasa dalam sekatan jalan saya. Pada masa itu saya cukup tenang. Hal yang menarik, pihak penguasa melihat cukai jalan dan kemudian merenung muka saya. Jikalau tidak silap, pada masa itu saya mengangguk dan/atau tersenyum. Yang pasti, saya tenang. Tiada debaran. Pihak penguasa membenarkan saya meneruskan perjalanan.
Sebaliknya, sebentar tadi, sekiranya saya terlihat pihak penguasa, dari jauh lagi saya gelabah. Bahkan semasa memulakan pergerakan dari DBP pun ada sedikit debaran di dada saya.
Alhamdulillah. Wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan