Za‘ba Pelopor Retorik Melayu
Lima halaman awal IMM berfungsi sebagai permulaan dan diberi tajuk “Pandangan Umum”. Mula-mula Za‘ba membicarakan maksud karang, mengarang dan karangan. Perbincangan disambung dengan tujuan penulisan dan pangkat karangan. Terdapat enam pangkat karangan. Pangkat yang pertama ialah menulis ayat tunggal sehingga menjadi cerita pendek. Pangkat yang kedua ialah menulis cerita yang pernah dibaca atau didengar. Pangkat pertama dan kedua ini tergolong dalam jenis karangan yang senang. Pangkat ketiga ialah mengarang sesuatu berdasarkan pengalaman indera lihat atau dengar. Pangkat yang keempat ialah mengarang sesuatu berdasarkan pemerhatian dan bahan bacaan ilmiah. Pangkat ketiga dan keempat tergolong sebagai karangan pertengahan. Pangkat kelima ialah mengarang sesuatu yang isi dan tujuannya tinggi, termasuk huraian berasaskan peribahasa. Pangkat yang keenam ialah mengarang sesuatu berdasarkan kajian atau pengalaman sebenar. Pangkat kelima dan keenam ini tergolong sebagai karangan tinggi.
Istilah pangkat karangan boleh juga digantikan dengan istilah jenis karangan. Di sini ada dua hal yang menarik. Yang pertama, jenis-jenis karangan yang dibincangkan itu ialah karangan yang asas dalam perkaedahan pengajaran karangan di institut pendidikan guru (IPG). Yang kedua, aras senang, pertengahan dan tinggi hampir sama dengan bidang kognitif taksonomi Bloom yang diusahakan oleh Benjamin S. Bloom, David R. Krathwohl dan Bertram B. Masia pada awal tahun 50-an, iaitu sebagai susulan Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika di Boston pada tahun 1948. Dalam taksonomi bidang kognitif Bloom terdapat enam aras. Dalam bidang penilaian kurikulum pula, secara kasar, aras itu dapat dibahagikan kepada tiga persis pembahagian Za‘ba.
Seterusnya Za‘ba menjelaskan maksud dan jenis karangan tinggi, pengertian “rencana”, petua untuk mengarang rencana dan kepanjangan rencana. Ada dua maksud rencana. Yang pertama, rencana hampir sama maksudnya dengan imlak, iaitu “sesuatu potong karangan yang diteriakkan suruh tulis kepada orang lain atau apa-apa perkara yang dituliskan daripada teriak orang lain.” Yang kedua, rencana yang semaksud dengan makalah atau esei pendek untuk akhbar atau majalah. Menurut Za‘ba, rencana atau makalah boleh pendek atau panjang tetapi beliau tidak memberikan ukuran dengan menggunakan jumlah perkataan.
Za‘ba juga menjelaskan, sesiapa yang hendak menghasilkan karangan wajar memulakan usaha itu dengan membaca karangan orang lain. Selepas itu lakukan latihan menulis karangan berulang-ulang. Beliau membandingkan usaha untuk mengarang dengan “budak-budak belajar berjalan” dan “orang belajar berenang”, “menunggang lereng (basikal)” dan sebagainya. Semua usaha itu dilakukan tanpa mengingat-ingat bahagian anggota yang akan melaksanakan perbuatan itu. Kata Za‘ba, latihan itu “tidaklah sekali-kali dikehendaki mesti dimulai dengan nahu”.
Sesungguhnya, ketika mengarang, kita tidak mengingat-ingat golongan kata, jenis ayat dan yang seumpamanya. Hal ini berlaku kerana pengarang mempelajari bahasa ibunda daripada persekitaran sejak dalam buaian. Namun, apabila kita sudah boleh mengarang, usaha mempelajari nahu bahasa ibunda perlu dilakukan demi memantapkan mutu karangan kita. “Pandangan Umum” ini dapat mendorong pembaca untuk membaca halaman-halaman seterusnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan