Nik Safiah Karim, “Semua yang Mengajar Itu Guru Bahasa,” Pelita Bahasa, Julai 1990. Makalah ini terdapat dalam buku Bahasa Melayu Sedekad Lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, halaman 133 - 136.
1. Sebahagian besar para pelajar kita lulus peperiksaan tetapi upaya mereka berbahasa amat sederhana. Mereka masih melakukan kesilapan ejaan, tanda baca dan tatabahasa. Pilihan kata mereka lemah dan berbaur dengan perkataan asing. Pendeknya, perasaan cinta dan bangga akan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar kita yang lulus bahasa kebangsaan itu belum ketara. (MIR: Matlamat tertinggi pembelajaran bahasa kebangsaan ialah “menghargai dan membanggai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan.)
2. Penguasaan bahasa para pelajar itu terus merosot apabila mereka memasuki alam dewasa. Hal ini berlaku kerana keadaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam masyarakat kita buruk. Cogan kata “kepimpinan melalui teladan” dalam hal penggunaan bahasa kebangsaan hanyalah slogan kosong.
3. Orang dewasa, khususnya para pemimpin, mesti mewujudkan semangat dan suasana budaya berbahasa Melayu. Mereka mesti menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Apabila mereka berubah, barulah pelajar kita mendapat dorongan untuk melakukan perubahan.
4. Pelaksanaan dasar bahasa merentas kurikulum secara bersungguh-sungguh dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana dasar ini menekankan kepentingan bahasa dalam proses pembelajaran. Para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa Melayu yang baik dan berkesan bagi menguasai mata pelajaran lain. Pelaksana dasar ini ialah guru mata pelajaran yang berkaitan seperti guru Sains, guru Matematik, guru Sejarah dan guru Geografi. Mereka mesti sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk memupuk penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar. Jadi, mereka mesti menguasai selok-belok bahasa Melayu. Mereka mesti menyampaikan kandungan mata pelajaran yang diajarkan dengan menggunakan bahasa Melayu yang baku dan berkesan. “Sesungguhnya, semua yang mengajar itu guru bahasa.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan