Sari Makalah. Indirawati Zahid, “Prosodi Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Pembentukan Sahsiah dan Jati Diri”, Jurnal Bahasa (DBP Brunei), Bilangan 23, Mei -- Ogos 2011, halaman 3 -- 17.
1. Prosodi mencakupi fitur seperti tekanan, intonasi, jeda, kadar tuturan, kualiti serta suara dan sebagainya. Intonasi adalah sebahagian daripada prosodi. Analisis intonasi bertumpu pada kelangsingan (pitch), kelantangan suara (intensity) dan durasi (duration).
3. (3) “Seterusnya konsep yang perlu dijelaskan ialah tekanan (stress). Tekanan pada kata bahasa Melayu tidak berbeza pada posisi yang tetap. Implikasi kepada situasi ini, dalam P&P perlu dijelaskan mengapa bahasa Melayu dilabel sedemikian rupa. Pengajar atau guru seharusnya jelas tentang perkara ini kerana apabila label bahasa tanpa tekanan dirujuk kepada bahasa Melayu, maka ini bererti bahasa Melayu memiliki sifat yang bertentangan, iaitu bahasa intonasi.”
4. (4) “Seterusnya konsep intonasi, yang melibatkan nada tinggi dan rendah dalam menyampaikan sesuatu ujaran perlu dijelaskan kepada para pelajar. Turun naik nada suara dalam menyampaikan sesuatu ujaran berhubungan rapat dengan makna ayat dan emosi. Justeru, selain penting diketahui aspek pola yang rencam ini, pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakannya akan membantu pelajar mengaplikasikannya dalam medium yang lain, seperti syarahan, lakonan, pengantaraan atau pengacaraan dana sebagainya.”
5. Program Praat dapat dimanfaatkan sebagai alat bantu pengajaran. Program ini dapat dimuat turun secara percuma daripada laman yang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan