Sabah Tempat Bermain
Sebelum saya bertunang, saya menerima sepucuk surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. DBP menawarkan jawatan Pegawai Penyelidik Bahasa, Sastera dan Penerbitan di DBP Cawangan Sabah kepada saya. Saya diminta untuk melaporkan diri kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah di Kota Kinabalu secepat yang mungkin.
Saya menulis surat kepada DBP. Saya menyatakan bahawa saya menerima tawaran itu tetapi belum boleh melaporkan diri kerana terikat untuk meneruskan perkhidmatan yang sedia ada. Saya memohon jasa baik DBP agar menghantar surat kepada pihak yang berkenaan bagi melepaskan saya daripada ikatan itu. DBP menunaikan permintaan saya dan menghantar surat rayuan agar Kementerian Pelajaran Malaysia melepaskan saya daripada ikatan syarat latihan di maktab dan sebagai penerima dermasiswa. Salinan surat rayuan itu dikirimkan kepada saya. Setelah beberapa minggu tiada jawapan, DBP mengirimkan sepucuk surat ulangan. Kementerian Pelajaran Malaysia membalas surat itu dengan menyatakan bahawa tenaga saya masih diperlukan. Pelepasan tidak dibenarkan.
Peristiwa itu meningkatkan keyakinan saya bahawa kerjaya dalam bidang pendidikan yang tidak saya buru sudah tersurat untuk saya. Laluan saya dalam bidang pendidikan mudah. Saya menjadi guru sandaran atas usaha Kak Eton dan Abang Seman dan tanpa mengisi borang permohonan. Saya mengisi borang untuk menjadi guru pelatih apabila Kak Eton menghantar borang itu kepada saya di Limbanak tanpa saya minta. Dalam temu duga saya berasa sudah tewas tetapi saya tetap diterima untuk berlatih di Maktab Perguruan Gaya. Saya menjadi pensyarah maktab pula atas dasar pertukaran biasa tanpa mengisi borang permohonan, apalagi ditemu duga.
Sebaliknya, laluan saya dalam bidang kewartawanan dan penulisan berliku-liku. Semua usaha itu atas kehendak diri. Peluang terbuka apabila sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur menawarkan jawatan penyunting kepada saya pada tahun pertama saya menjadi mahasiswa. Saya menolak tawaran itu demi segulung ijazah.
Walau bagaimanapun, usaha untuk melengkapkan diri dalam bidang yang saya minati itu tidak saya hentikan. Saya mengambil kursus pilihan Pengantar Komunikasi yang menjadi syarat untuk mengikuti major kewartawanan. Saya lulus kursus itu. Bidang kewartawanan pula tidak tersenarai dalam pengkhususan yang dibenarkan oleh penaja dermasiswa. Saya mengambil kursus pilihan Kewartawanan Peringkat Pertama dan memperoleh gred kepujian. Sayangnya, kursus pilihan Kewartawanan Peringkat Kedua untuk mereka yang mengkhusus dalam bidang kewartawanan sahaja.
Saya pernah terfikir, jikalau Kementerian Pelajaran Malaysia mahu, ada cara saya dipinjamkan kepada DBP. Rasanya, ada juga peraturan yang membolehkan saya diserapkan sebagai pegawai DBP sama ada dengan pembayaran ganti rugi secara ansuran bulanan atau tanpa pembayaran ganti rugi. Apabila Kementerian Pelajaran secara tegas menyatakan keengganan untuk melepaskan saya, saya pasrah. Terpaterilah keyakinan saya bahawa arena rezeki saya ialah bidang pendidikan. Saya merumuskan bahawa, antara cita-cita lama dengan kerjaya yang sedang saya sandang, saya mesti mengutamakan kerjaya.
Selama lima tahun di Maktab Perguruan Sandakan, saya tidak pernah menulis dan menghantar berita kepada mana-mana pihak. Dalam tempoh lima tahun itu juga tiada satu pun karya kreatif saya hasilkan. Jangan tidak, ada tiga kali saya menulis rencana panjang. Satu rencana itu disiarkan oleh akhbar tempatan dan dua lagi disiarkan oleh akhbar Berita Harian. Saya menggunakan nama pena baharu kerana nama pena lama saya anggap sudah hilang daripada lipatan ingatan penyunting atau penyunting itu sudah meninggalkan meja kerja akhbar yang berkenaan.
Kegiatan yang berkaitan dengan cita-cita yang tidak tercapai itu saya amalkan dalam konteks jawatan. Saya terima apa-apa sahaja tugas yang memerlukan kemahiran tulis-menulis, sama ada secara tepat atau sipi. Saya memegang tiga jawatan setiausaha, menjadi Penasihat Persatuan Bahasa Melayu dan Penasihat Penerbitan Majalah Maktab. Saya mengikuti kegiatan Warna-warni Seni Sandakan (WARISAN), iaitu pertubuhan bahasa dan kebudayaan yang tergiat di Sandakan pada masa itu.
Saya menjadi panel pemilihan penulis prolifik Sandakan bagi tahun 1980 bersama-sama Ketua Satu WARISAN, Abdul Fajeer bin Awang Besar atau nama penanya ABM Fajeer dan Mahmud Jahar, seorang penyair. Kami membaca semua karya penulis Sandakan sepanjang tahun 1980 bagi menyempurnakan tugas itu. Saya menjadi hakim peraduan penulisan anjuran WARISAN dan menyertai hampir semua perbincangan tentang kesusasteraan. Pihak WARISAN mengundang saya untuk menjadi hakim beberapa peraduan. Undangan yang meresahkan saya adalah sebagai hakim tarian.
Saya menghargai usaha rakan-rakan dalam kumpulan kesusasteraan dan kebudayaan itu. Dalam masa yang sama, saya perlu menjaga citra diri yang secara fizikal berjanggut dan berketayap. Saya hanya mempelajari agama dalam sistem pendidikan sekular hingga tingkatan lima. Tambahan yang lain saya peroleh secara tidak rasmi. Oleh sebab pengetahuan dan iman saya nipis, saya memilih untuk mengelakkan diri daripada bergiat dalam suasana yang berkemungkinan menghakis iman. Sebelum saya terlajak lebih jauh sebagai hakim peraduan yang bersifat campuran minyak dengan air dan pergaulan bebas, saya menarik diri daripada kegiatan yang berkenaan secara perlahan-lahan. Lebih kurang dua tahun kemudian, kelibat saya sudah tidak kelihatan dalam apa-apa kegiatan itu.
Saya mempunyai cara yang tersendiri untuk mengisi masa lapang. Selain menyertai hampir semua kegiatan di surau dan anjuran Persatuan Guru Pelatih Islam, saya mendampingi pemimpin pelajar dan guru pelatih. Kami bersolat dan berbincang di surau maktab. Kami berjemaah dan beriktikaf di beberapa buah surau dan masjid di bandar dan di sekitar bandar Sandakan. Antara guru pelatih yang sering mengikut saya ke surau atau masjid di luar maktab termasuklah Mandor Baru dan Awang Sani Anong.
Pada suatu petang pertengahan tahun 1980, acara pertunjukan hiburan di dewan maktab yang dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru mencecah waktu solat maghrib. Apabila acara hiburan itu diteruskan sedangkan azan maghrib sudah lama berkumandang, saya bangun dan merenung beberapa orang guru pelatih. Mereka faham dan mengekori saya ke surau. Saya tidak pasti sama ada acara hiburan itu diberhentikan serta-merta atau diteruskan kerana selepas menunaikan solat maghrib kami menunggu kehadiran isyak. Perlakuan saya dan para pelajar itu tidak pernah diungkit oleh sesiapa. Pada saya, perlakuan itu sesuai dengan jawatan saya sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kursus Dakwah Islamiah. Jawatan itu saya sandang selama lima tahun saya berkhidmat di maktab itu.
Pada penggal kedua tahun 1980 itu, seorang penggiat Angkatan Belia Islam (ABIM) di Kota Kinabalu ditukarkan ke Maktab Perguruan Sandakan. Namanya Ustaz Abu Bakar bin Lateh. Beliau siswazah Universiti al-Azhar, Mesir. Khabarnya, dia “dibuang” ke Sandakan kerana terlalu giat dan bersuara lantang. Dia orang Kedah, sudah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak. Walaupun dia tinggal di sebuah kampung atas air yang agak jauh dari maktab, dia kerap menunaikan solat maghrib, isyak dan subuh di surau maktab.
Ada dua persamaan ketara antara kami. Yang pertama, kami sama-sama suka mendampingi pemimpin pelajar dan guru pelatih. Yang kedua, kami sama-sama suka mengikuti hal ehwal semasa tentang Islam di negara kita termasuk perkembangan Jemaah Tabligh, al-Arqam dan ABIM. Dari segi perbezaan, yang ketara ialah Ustaz Abu Bakar guru, saya murid. Ustaz menghafaz lebih lima belas juz al-Quran. Saya hanya menghafaz sebahagian juz Amma dan beberapa ayat pilihan yang jumlahnya tidak sampai satu juz. Dari segi ilmu hadis, ustaz langit, saya bukan bumi tetapi di bawah bumi.
Saya, Shamad, Ustaz Mohd. Zain, Haji Mohd. Naim dan banyak rakan lagi amat menghormati Ustaz Abu Bakar. Saya menunggu-nunggu masa untuk bersolat di belakangnya. Saya menunggu-nunggu dia membaca ayat-ayat al-Quran dalam solat. Semua ayat pilihannya menyerap ke dalam jiwa saya. Antara ayat itu termasuklah ayat 159 surat Ali ‘Imran.
Maksudnya, “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (iaitu kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
Pada suatu hari, Ustaz Abu Bakar mengajak saya untuk menyertai kegiatan kumpulan usrahnya. Dia ialah naqib kumpulan itu. Saya menunaikan pelawaannya dengan senang hati. Pada petang yang dijanjikan, dia menjemput saya di kampus.
"Kita akan ke pangsapuri kerajaan di BDC," katanya sebaik sahaja kereta kecil berwarna kuning pinang masak yang sudah tua itu bergerak. "Tiga orang guru tinggal di sana," tambahnya.
Dia membawa beg kecil yang berisi kitab. Saya tangan kosong sahaja. Kami sampai di pangsapuri kerajaan itu ketika hampir waktu maghrib. Di ruang tamu, lebih kurang sepuluh orang belia sedang berbual-bual. Beberapa orang dalam kalangan mereka saya kenal.
Walaupun pada masa itu saya masih muda, namun semua belia itu nampaknya lebih muda daripada saya. Mereka ialah guru dan kakitangan kerajaan. Setelah bersalaman dan bertegur sapa, kami menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Sehabis solat dan berdoa, imam mengetuai zikir. Hadirin berzikir berpandukan buku kecil macam buku surah Yasin. Pada masa itu saya belum tahu nama buku kecil itu. Saya mengongsi buku rakan. Terasa zikir itu terlalu panjang. Namun saya berasa nikmat mendengar iramanya.
Selepas itu kami bersolat isyak. Selepas isyak ada pembacaan buku, diikuti dengan perbincangan. Saya tidak dapat mengikuti biji butir perbincangan itu kerana terasa masih berdiri di tepi gelanggang. Seterusnya ada perbincangan tentang ekonomi. Antara tajuk perbualan termasuklah penempahan tiket kapal terbang secara berkumpulan dan lebih awal untuk memperoleh potongan tertentu. Saya tidak mengambil bahagian dalam perbincangan itu. Namun, saya mendapat idea. Pada masa itu juga saya merancang untuk bertemu dengan tunang saya.
Rancangan itu menjadi kenyataan. Pada suatu pagi, dari Sandakan saya menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu. Pada masa itu lapangan terbang Ranau masih digunakan. Dari Kota Kinabalu saya menyambung penerbangan dengan kapal terbang kecil, lapan tempat duduk, ke Ranau. Kemudian saya menaiki teksi ke rumah Ustaz Mat Isa di Kampung Libang. Di sebelah petangnya saya bertemu tunang saya di rumahnya.
Dalam perjalanan pulang dari Ranau ke Kota Kinabalu, hanya pilot dan saya dalam kapal terbang kecil itu. Pilot memandu kapal terbang itu berlegar-legar di udara Kundasang, di sebelah Gunung Kinabalu. Dia meminta saya memberikan penjelasan tentang kampung-kampung yang kelihatan bagaikan saya anak orang kaya tempatan yang serba tahu tentang perkampungan tanaman sayur-sayuran tanah tinggi itu. Itulah kali pertama dan terakhir saya ke Ranau dengan kapal terbang kerana lapangan terbang itu ditutup beberapa tahun kemudian.
Bersambung: (30) Bertugas di Luar

Ali 'Imran: 159 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan