Sabah Tempat Bermain
Shamad berasal dari Kuala Terengganu. Selepas menamatkan latihan perguruan di sebuah maktab di Semenanjung, dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Mat Saleh. Di situ dia bertemu dengan gadis Kadazan dari Penampang bernama Betty. Betty guru sekolah rendah. Dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Shamad.
Pada bulan Januari 1980, Shamad ditukarkan ke Maktab Perguruan Sandakan. Ketika itu dia sudah mempunyai tiga orang anak. Oleh sebab Betty belum mendapat surat pertukaran, dia ke Sandakan seorang diri. Selepas melaporkan diri, dia bertanya kami tentang rumah sewa. Rakan-rakan saya mengatakan bahawa rumah sewa yang berhampiran dengan maktab sukar diperoleh. Pada waktu tiada kuliah, saya mengajak dia ke tempat kediaman saya yang terletak kira-kira sepelaung dari kelompok bangunan akademik.
Saya mengiringinya untuk melihat-lihat kemudahan dalam pangsapuri itu. Ada tiga buah bilik tidur. Tandas dan bilik mandi sebuah dan berasingan. Ruang tamu dan dapurnya luas. Ada anjung kecil di hadapan. Dari anjung kami melihat sebahagian besar kawasan maktab dan kawasan perumahan. Nun di sana kelihatan laut luas dan pulau. Di sebelah dapur ada anjung yang lebih kecil. Sampah boleh dibuang melalui cerobong segi empat di anjung itu. Saya menggunakan bilik utama sahaja. Peralatan dapur saya belum lengkap. Dua buah bilik tidur dan ruang tamu masih kosong. Saya mempelawa Shamad tinggal bersama-sama saya.
Saya berkata, “Nanti bawalah isteri dan anak-anak anta tinggal di sini.”
“Menyusahkan Isa sahaja,” balasnya.
Saya berkata, “Di Papar, lebih enam bulan saya tinggal bersama-sama rakan yang sudah berkeluarga. Rumah ini terlalu luas untuk saya seorang.”
Shamad menerima tawaran saya. Pada hujung Januari, Betty ditukarkan ke Sandakan. Shamad, Betty dan anak-anak mereka, Rabaatul Adawiah, Ahmad Luqmanul Hakim dan Siti Aisha menjadi keluarga saya.
Seorang pensyarah muda tinggal di aras pertama pangsapuri itu bersama-sama Tuan Haji Mohd. Naim. Namanya Ustaz Mohd. Zain. Dia orang Kelantan dan siswazah Kolej Islam Nilam Puri. Dia pengunjung tetap surau. Saya kerap menjadi makmum di belakangnya pada waktu maghrib, isyak dan subuh.
Hampir setiap kali sesudah menunaikan solat isyak, saya singgah di bilik kerja. Saya melakukan persediaan kuliah dan urusan lain seperti menaip minit mesyuarat. Lazimnya saya pulang ke rumah selepas pukul sepuluh malam. Adakalanya Shamad menemani saya. Apabila kerja saya selesai, kami berbual. Antara tajuk perbualan kami termasuklah kisah dirinya semasa di sekolah, hubungan baiknya dengan keluarga Betty dan panduan Islam tentang cara memilih jodoh.
Pada suatu petang, Shamad membawa senaskhah akhbar tempatan. Dia meminta saya membaca satu berita bergambar. Berita ringkas itu mencatatkan keputusan satu pertandingan pidato di Ranau. Dalam gambar terpapar wajah para pemenang. Shamad menyatakan bahawa ustazah yang menyertai pertandingan itu ialah bekas muridnya. Dia memuji-muji kesopanan bekas muridnya itu. Saya dapat menyelami maksudnya.
Saya berkata, “Ustazah itu memang kelihatan sopan dan ayu. Namun, anta tahu, pilihan saya ialah wanita yang tidak bekerja.”
Shamad membalas, “Hari Sabtu nanti kita ke Ranau. Isa tengok dahulu gadis Dusun itu. Saya uruskan pertemuan.”
Sudah berkali-kali Shamad mengajak saya ke Ranau. Ada-ada sahaja alasan yang saya berikan. Namun, pada petang itu hati saya terbuka.
Saya berkata, “Baik. Saya bersetuju!”
Pada hari Sabtu yang berkenaan, sebelum pukul dua belas tengah hari kami tiba di Ranau. Di kaki lima sebuah kedai dua tingkat, kami menunggu kedatangan seseorang. Orang itu muncul beberapa ketika kemudian. Dia menyatakan bahawa ustazah yang hendak kami lihat ada urusan di Kota Kinabalu. Shamad hampa.
“Mari kita ke SMK Mat Saleh,” katanya.
Kami ke rumah Redzuan Mohamed Senang di SMK Mat Saleh. Dia rakan sekumpulan saya semasa di Maktab Perguruan Gaya. Saya pernah bermalam di rumahnya di Muar pada tahun 1973. Dia dan seorang rakan sekumpulan kami, mengiringi saya untuk melakukan temu bual dengan penduduk Pulau Sialu yang dikatakan ada kaitan dengan orang Bajau Sabah. Sejak kami meninggalkan maktab, sudah lima tahun kami tidak bertemu. Ketika saya singgah di sekolah itu dalam pengembaraan berskuter pada bulan Disember 1975, dia bercuti di kampung. Jadi pertemuan itu menimbulkan perasaan gembira dan terharu.
Shamad membiarkan kami berbual. Apabila rentak perbualan kami menurun, dia mencelah. Dia menerangkan tujuan kami ke Ranau. Redzuan meminta kami melakukan pencarian di sekolahnya. Katanya, pasukan nasyid dari sebuah kampung akan bernasyid di dewan sekolah selepas solat zuhur. Seorang bekas pelajarnya yang berketurunan Dusun menyertai kumpulan itu. Dia meminta saya untuk melihat pelajar itu.
Redzuan menghulurkan sekeping gambar hitam putih kepada saya. Dia menuding seorang pelajar wanita dalam gambar berkumpulan itu. Tersirap darah saya ketika melihat wajah polos si gadis yang bertudung putih yang ditudingnya. Apabila Redzuan menyebut namanya yang bermaksud cahaya fatamorgana dan nama ayahnya yang bermaksud yang bijaksana, darah saya berderau. Redzuan juga menjelaskan latar belakang keluarga si gadis. Saya tertarik amat dengan penjelasannya.
Selepas makan tengah hari dan bersolat zuhur, Redzuan, Shamad dan saya berdiri di luar dewan sekolah. Kami menunggu kemunculan pasukan nasyid itu. Turut berdiri bersama-sama kami ialah seorang ustaz. Namanya Mat Isa. Dia berasal dari Kedah dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Libang, yakni kampung pasukan nasyid itu. Apabila kumpulan itu bernasyid di atas pentas, Redzuan mengajak saya masuk ke dalam dewan bagi melihat si gadis dari dekat. Shamad dan Ustaz Mat Isa terus berdiri di luar dewan sambil berbual-bual.
Malam itu Shamad bermalam di rumah rakannya. Ustaz Mat Isa mengajak saya bermalam di rumahnya. Kami menaiki pikap ke Kampung Libang yang letaknya kira-kira tujuh kilometer dari Pekan Ranau.
Jalan untuk ke kampung itu dari simpang jalan utama belum bertar. Di pertengahan jalan, pikap menyeberangi sungai kecil melalui jambatan konkrit di bawah air. Ustaz menunjukkan rumah si gadis di lereng bukit, di kanan jalan. Rumah ustaz lebih kurang lima ratus meter dari rumah gadis itu. Rumah itu ialah rumah kerajaan seperti rumah yang pernah saya diami di Limbanak pada tahun 1972. Rumah itu terletak di lereng bukit yang bertebing curam, di seberang jalan betul-betul di hadapan sekolah.
Isteri ustaz bernama Naim. Oleh sebab ustaz kelihatan lebih tua daripada saya dan pasangan suami isteri itu sudah mempunyai tiga orang anak, saya memanggil isteri ustaz kakak. Kak Naim dari Kedah juga. Dia suri rumah sepenuh masa dan ramah orangnya. Daripada perbualan dengannya dan ustaz, saya mengetahui beberapa perkara tentang si gadis dan keluarganya.
Gadis itu ialah anak keenam daripada lapan orang adik-beradik, tujuh orang wanita, seorang lelaki. Kakaknya yang kedua sudah berkahwin dan sudah ada anak. Empat orang lagi kakaknya masih bujang. Dua orang adiknya masih bersekolah. Ayahnya sudah lama meninggal. Ibunya bersawah bagi membesarkan dia dan adik-beradiknya. Sawah itu dapat dilihat dari rumah ustaz.
Waris utama keluarga itu ialah adik arwah ayah mereka, iaitu iman sebuah masjid. Namun, keluarga itu lebih dekat dengan jiran terhampir dan waris sebelah ibu yang mereka panggil datuk. Datuk mereka itu ialah iman surau. Menurut ustaz, arwah ayah mereka alim orangnya. Sebagai kesimpulannya, ustaz dan Kak Naim berasa amat sukacita sekiranya saya bersedia untuk menjadikan gadis itu sebagai teman hidup. “Cikgu beruntung. Mereka pula dapat menumpang tuah.” Begitulah lebih kurang kata Kak Naim. Dia dan ustaz bersedia untuk menjadi orang perantaraan.
Keinginan saya untuk mengakhiri zaman bujang memuncak. Dorongan Shamad dan Ustaz Mohd. Zain pula kuat. Ada hadis dan pesan Imam Ghazali mereka titipkan. Prasyarat sudah mencukupi. Sesuatu yang baik mesti disegerakan. Pada cuti hujung minggu berikutnya saya ke rumah Ustaz Mat Isa lagi. Ustaz menyatakan bahawa isyarat lampu hijau daripada si gadis dan keluarganya sudah diterima. Ustaz meminta saya melihat gadis itu dari dekat sebelum membuat keputusan muktamad. Pada petang hari itu juga saya dan ustaz ke rumah si gadis.
Ibu si gadis menyambut kami. Ustaz bertutur dalam bahasa Dusun dengan si ibu. Saya termangu. Ustaz menyebut nama saya. Si ibu mempersilakan kami naik ke atas rumah. Nyatalah bahawa ibu si gadis fasih berbahasa Melayu.
Ustaz masuk ke dalam rumah dan berbual-bual dengan si ibu. Saya tercongok di bangku panjang di beranda. Sebentar kemudian si gadis keluar. Dia mengendong seorang budak lelaki yang berusia kira-kira setahun. Dia duduk di hujung bangku. Saya bangun dan bersandar di tiang. Agak lama kami berpandangan tanpa berkata-kata. Si gadis berkata, “Jangan, janganlah, Mali!” beberapa kali. Dia menyisihkan tangan si kecil yang cuba memegang bulu matanya yang terkedip-kedip.
Di hadapan gadis itu, si pemuda terus tercegat. Dia pernah menjadi pembahas, pernah berceramah dan kini bergelar pensyarah. Umurnya hampir 28 tahun. Dia matang. Kematangannya melayang apabila berhadapan dengan seorang gadis Dusun belasan tahun, lepasan sekolah menengah, berwajah polos tanpa solekan, berpakaian cara kampung dan kelihatan keliru. Lidah pemuda itu kelu.
Dia hanya mampu bertanya, “Anak?” sedangkan dia sudah pasti akan jawapannya.
“Anak kakak,” jawab si gadis.
Agak lama si ibu dan ustaz membiarkan pemuda, gadis dan budak kecil itu di beranda. Apakan daya, kesemua perkara yang sudah difikirkan oleh pemuda itu untuk ditanyakan terkunci dalam peti suaranya. Kebisuan itu hanya diselangi sepatah dua perkataan dan sepatah dua balasan oleh si gadis sehingga ustaz dan si ibu keluar. Ustaz mengajak pemuda itu pulang.
Di rumah ustaz, pemuda itu menyatakan persetujuan untuk melamar si gadis. Ustaz dan Kak Naim bersedia meneruskan peranan sebagai orang perantaraan. Apabila dia datang ke rumah ustaz lagi beberapa minggu kemudian, ustaz menyatakan bahawa urusan itu beres. Tarikh yang sesuai dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Pada pagi 19 April 1980, Shamad, Tawil dan isterinya serta beberapa orang guru di SMK Mat Saleh dan isteri mereka berkumpul di rumah Redzuan. Ustaz Mat Isa dan keluarganya menunggu di rumah perempuan di Kampung Libang. Pihak perempuan sudah menyatakan persetujuan awal bahawa acara itu sederhana. Pihak lelaki hanya membawa sebentuk cincin dan beberapa dulang hadiah yang mengandungi lima persalinan.
Pelamar ikut serta dalam rombongan itu. Saat yang ditunggu tiba. Kaum keluarga perempuan sudah lama menunggu. Ibu si gadis sudah bersimpuh. Orang terkenal di kampung itu, Encik Abdul Mumin bin Ajak sudah bersila. Wali si gadis, Tuan Haji Abdul Hamid Kinsiran, sudah bersandar. Imam surau, Tuan Haji Daud bin Baringkok tenang menunggu acara dimulakan. Ketua kampung meminta pihak lelaki menyampaikan hajat.
Shamad menjadi jurucakap. Sesudah memberi salam dan bermukadimah, dia menyampaikan hajat lelaki. Waris perempuan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa alasan untuk menolak lamaran lelaki. Seorang wakil mereka meminta persetujuan si gadis yang dikelilingi oleh sanak saudaranya berhampiran pintu dapur. Persetujuan dengan isyarat anggukan diterima. Cincin pertunangan disarungkan oleh seorang wanita dalam rombongan lelaki ke jari manis si gadis.
Dalam perbincangan seterusnya, berian untuk ibu sebanyak dua ribu ringgit dipersetujui. Hantaran yang pada mulanya tinggi dipersetujui hanya seribu lima ratus ringgit. Penurunan nilai itu bukan atas alasan pelamar tidak berkemampuan. Pelamar sendiri mengemukakan alasan bahawa kesederhanaan ialah tuntutan agama. Pelamar juga melahirkan kekhuatiran bahawa nilai tinggi bukan sahaja akan menjadi ikutan bahkan berkemungkinan menjadi lebih tinggi apabila si perempuan berpelajaran dan berjawatan.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa hari pernikahan akan ditetapkan pada cuti penggal pertama tahun 1981. Bakal suami dan bakal isteri dikehendaki menandatangani surat perjanjian yang sudah dibacakan. Bakal suami menandatangani perjanjian itu di hadapan dua orang saksi dan dua orang keluarga perempuan.
Selepas semua pihak menandatangani perjanjian itu, doa dibacakan. Kemudian, jamuan gaya kampung dihidangkan. Tetamu menikmati hidangan bersama-sama tanpa protokol dan sambil berbual mesra. Di sebelah sana, bahasa Dusun meriuhkan suasana. Di sebelah sini, bahasa Melayu dialek umum Sabah memeriahkan keadaan. Ada juga pihak di sini seperti Ustaz Mat Isa dan Cikgu Tawil, memperlihatkan kemahiran berbahasa Dusun. Bakal suami kelihatan tidak berselera dan kurang bercakap. Matanya sekejap ke pintu dapur, sekejap ke pintu dapur. Maklumlah, orang sudah bertunang!
Bersambung: (29) Cita-cita, Kerjaya dan Citra Diri
Betty dan Shamad, 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan