Sabah Tempat Bermain
Saya dan isteri berdua tidak sampai setahun. Pada 18 Januari 1982, si sulung lahir. Kami bertiga. Kami bertiga kira-kira setahun dua bulan. Mulai 11 Mac 1983, anak kedua saya lahir. Kami berempat. Kami berempat hanya setahun 19 hari. Mulai 31 Mac 1984, anak ketiga saya lahir. Kami berlima. Dalam kalangan kami, hanya saya lelaki.
Pada bulan ketujuh ketika kali pertama isteri saya berbadan dua, saya menghantarnya ke Ranau. Kami menaiki kapal terbang dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Oleh sebab ada kejadian tanah runtuh di Kundasang, saya menyewa sebuah teksi dan teksi itu melalui Tambunan untuk ke Ranau. Pemandu teksi mengenakan tambang tambahan sepuluh peratus daripada dua ratus ringgit yang dipersetujui kerana saya meminta dia menghantar kami terus ke Kampung Libang.
Apabila anak sulung saya berusia tiga minggu, saya menjemput dia dan ibunya ke Sandakan. Turut bersama-sama dengan kami ialah Kak Long saya. Dia saya datangkan dari Negeri Sembilan untuk membantu isteri mengasuh si comel. Pangsapuri kami riuh kerana Shamad dan keluarganya masih bersama-sama kami. Pangsapuri itu sunyi apabila Kak Long saya pulang selepas isteri saya habis pantang. Shamad dan keluarganya pula berpindah ke rumah sewa di kampung atas air.
Apabila anak kedua saya lahir di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, saya menggaji seorang nenek. Dia pandai mengurus budak dan memasak. Dia menurunkan kemahirannya membuat rempeyek yang sangat enak kepada saya. Sayangnya dia hanya bertahan lebih kurang dua bulan bersama-sama kami. Anak cucunya memerlukan khidmatnya juga. Isteri saya mendapat pembantu yang lebih baik. Kakak kandung yang amat dikasihinya pula tinggal bersama-sama kami. Apabila anak ketiga saya lahir di hospital yang sama, kakak ipar saya itu masih bersama-sama kami.
Apabila saya memiliki kereta, si sulung dan ibunya kerap bersama-sama saya pulang ke Ranau. Selain singgah untuk mengisi perut di Pekan Telupid, kami berhenti di satu atau dua tempat di perjalanan. Si sulung hanya buang air kecil atau air besar apabila duduk di atas sejenis bekas plastik. Isteri saya menyebut bekas plastik yang berperanan sebagai mangkuk tandas itu “tampoi”. Kadang-kadang si sulung termenung di tepi jalan hampir setengah jam. Isteri saya berulang-ulang membunyikan “‘ook ... ‘ook” dan bertanya, “Sudah? Sudah?”
Mulai pertengahan tahun 1983, kami pulang berlima. Ya, bukan berempat tetapi berlima. Orang kelima ialah ipar saya. Dalam satu perjalanan kembali ke Sandakan, saya memandu terlebih laju. Lantai kereta terhentak pada batu. Saya meneruskan perjalanan macam tiada apa-apa yang berlaku. Keesokannya, di bengkel, didapati lantai kereta koyak. Lebih tiga ratus ringgit rabak.
Pada pertengahan tahun 1984 anak saya sudah tiga orang. Apabila dicampur dengan kakak ipar, kami bercuti di Ranau enam orang. Dalam perjalanan pulang ke Sandakan, kelima-lima penumpang tidur. Saya menyembur pewangi untuk mengharumkan udara dalam kereta yang berhawa dingin. Saya alpa. Haluan kereta tersasar ke tepi jalan. Di hadapan ada gaung. Saya membrek. Tayar hadapan menghentak seketul kayu balak buruk. Anak-anak terkejut. Isteri dan ipar kebingungan dan ketakutan.
Saya mengundurkan kereta. Tempat berpaut penyerap kejutan koyak. Pergerakan tayar hadapan pincang. Saya meneruskan pemanduan perlahan-lahan. Di Pekan Telupid, kami singgah di rumah seorang lagi ipar saya. Dia bertugas di Sekolah Rendah Kebangsaan Telupid. Kami membutirkan musibah yang menimpa. Kami menyatakan rasa khuatir untuk menghadapi perjalanan seterusnya.
Pada masa itu cuti penggal. Bengkel Jabatan Kerja Raya (JKR) Telupid dibuka. Ipar dan biras saya mengiringi kami ke bengkel itu. Mereka meminta jasa baik ketua bengkel untuk membaiki kenderaan kami. Ketua bengkel itu budiman. Dia dan beberapa orang mekanik meninggalkan tugas yang sedang ditangani. Serta-merta mereka bekerjasama membaiki kenderaan kami. Kerosakan berjaya mereka pulihkan. Mereka menolak huluran saya. Terima kasih yang sebanyak-banyaknya saya ucapkan. Alhamdulillah saya lafazkan. Doa dalam hati untuk kesejahteraan hidup mereka saya panjatkan. Akhirnya kami selamat tiba di Sandakan.
Ketika kemarau pada awal tahun, jalan dari Batu 32 ke Telupid berdebu. Ketika tengkujuh selepas pertengahan tahun, jalan itu becak dan berlumpur. Benaman tayar kasar kereta pacuan empat rota dan lori menyebabkan ada bahagian jalan kelihatan seperti sawah yang baru dibajak. Dalam satu perjalanan pulang ke Sandakan sesudah hampir hujung tahun 1984, saya menggunakan segala kemahiran, termasuk pengalaman memandu ketika berburu, untuk melepasi jalan yang licin dan berlumpur itu. Di suatu tempat yang jalannya kelihatan seperti sawah yang baru dibajak, saya sudah menjangka bahawa kereta saya akan gagal menduganya.
Saya mendapat akal. Pilihan terbaik ialah melintangkan kereta agar perjalanan kereta pacuan empat roda dan lori terhalang. Hal itu saya lakukan. Mahu tidak mahu, para pemandu kereta pacuan empat roda dan lori membantu kami. Kereta kami selamat sampai di jalan yang berbatu kelikir dan keras. Kami meneruskan perjalanan dan sempat singgah untuk menunaikan solat maghrib di sebuah surau di tepi jalan. Kami, termasuk mentua saya, selamat tiba di Sandakan.
Kira-kira sebulan selepas peristiwa saya melintangkan kereta itu, saya menerima surat arahan pertukaran. Arahan itu terkandung dalam sepucuk surat yang bertarikh 9 November 1984. Saya diarahkan untuk bertukar dari Maktab Perguruan Sandakan ke Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM), Seremban. Tarikh kuat kuasa pertukaran adalah pada 1 Januari 1985.
Rasa gembira bercampur sayu. Saya berasa sayu untuk meninggalkan kegiatan yang penuh cabaran. Saya pasti cabaran penyeliaan KDC, mencari ikan, berburu dan berulang-alik dari Sandakan ke Ranau akan berakhir. Rakan-rakan sebagai penyelia, penjala, pemukat dan pemburu akan saya tinggalkan. Peluang untuk menyalurkan tenaga muda dalam kegiatan lasak bagi menghimpun pengalaman mungkin berakhir. Dalam gembira, ada duka.
Isteri saya turut berduka. Dia bukannya berduka kerana berpisah dengan perahu dan enjin sangkut kesayangan saya. Dia bukan berduka kerana saya akan meninggalkan lima utas pukat dan tiga pucuk jala untuk kegunaan rakan-rakan. Dia bukan berduka kerana skuter super, yang ditinggalkan oleh Shamad apabila dia berpindah ke Terengganu, saya jual kepada seseorang. Dia bukan berduka kerana terpaksa meninggalkan keadaan mewah dengan udang galah, udang laut, udang harimau, ketam suri, pelbagai jenis ikan dan daging binatang buruan. Jauh sekali dia berduka kerana meninggalkan kebun sayur kami, rakan-rakan sepangsapuri dan Maktab Perguruan Sandakan.
Apabila isteri saya menanyakan sebab saya diarahkan untuk berpindah, saya diam. Saya tidak mahu memberitahunya bahawa saya mengisi borang permohonan. Saya hanya berkata dalam hati, sudah hampir sepuluh tahun aku berada di Sabah. Sudah lama aku bermain di sini. Apakah salah aku kembali ke kampung halaman ketika ibu, ayah, kakak dan adik-adikku masih ada?
Apabila isteri saya menyatakan bahawa dia tidak mahu berpindah, saya diam. Saya tahu dia berduka. Ketika itu, kakaknya yang pernah tinggal bersama-sama kami masih menjalani latihan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Dia sangat akrab dengan bakal jururawat itu. Sudah berkali-kali dia menyatakan keakraban itu kepada saya dengan bangganya. Jikalau saya meminta dia memberikan satu lagi alasan, saya yakin dia akan mengatakan bahawa ibunya sudah tua. Si nenek amat menyayangi cucu-cucunya, khususnya anak-anak kami, iaitu anak kacukan Melayu-Dusun.
Sampai saat kami berpindah, saya menutup ruang untuknya memberikan alasan atau mengemukakan rayuan. Saya yakin dia tahu bahawa, sebagai pemegang kuasa rumah tangga, keputusan saya muktamad. Saya yakin dia sedar bahawa tiada sesiapapun dapat memisahkan kami kecuali atas kehendak Ilahi. Sejak kami berkahwin, dan kecuali ketika dia melahirkan anak sulung di Ranau, belum pernah saya meninggalkannya di rumah lebih daripada seminggu.
Saya penjawat awam. Saya sudah lulus Peperiksaan Am Kerajaan. Jawatan saya sudah disahkan. Saya pengamal Perintah Am, khususnya bab A, B, C dan D. Bab D memerikan kelakuan dan tatatertib. Saya berkata dalam hati dengan menggunakan ungkapan dalam Perintah Am Bab D. Tidak mungkin isteri saya “ingkar perintah”. Mustahil dia sengaja mencari hal hingga saya menyuruhnya untuk mengemukakan “surat tunjuk sebab”. Mustahil juga dia bersedia untuk “dikenakan tindakan tatatertib”!
Ada sekali, anak sulung kami sakit ketika saya bertugas secara rasmi di luar selama seminggu. Ibunya berkata, “Kakak asyik memanggil ayah. Kakak rindu akan ayah.” Saya rasa, si ibu pun mungkin jatuh sakit jikalau saya meninggalkannya lebih daripada dua minggu. Jadi, mana mungkin si ibu tidak mahu mengikut saya untuk berpindah. Kenyataannya bahawa dia tidak mahu ikut berpindah itu hanyalah luahan perasaan yang bersifat sementara. Luahan itu hanya bertahan semalaman. Apabila fajar menyingsing dan embun menitik, perasaan itu cair. Cairan berembun itu mengewap apabila disinari mentari pagi.
Urusan perpindahan berjalan lancar. Para pekerja syarikat pengangkutan melakukan kerja bungkus-membungkus dua hari suntuk. Isteri saya begitu giat mengumpul dan mendekatkan barang-barang. Pada hari ketiga, lori syarikat mengangkut barang-barang kami ke gudang. Beberapa hari kemudian kereta kami pula dibawa ke gudang di pelabuhan. Kerani maktab menyerahkan lima keping tiket penerbangan Sandakan-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur. Penerbangan ke Kota Kinabalu saya awalkan beberapa hari. Tiket penerbangan saya tunjukkan kepada isteri.
Saya berkata, “Kita tinggal di Ranau beberapa hari.”
Isteri saya tersenyum. Saya tahu dia menunggu-nunggu penjelasan itu. Kami akan singgah di Ranau sebelum ke Kuala Lumpur. Kami akan ke Ranau berlima. Kami akan ke Kuala Lumpur berlima. Kami akan pulang ke Negeri Sembilan berlima.
Ketika menjejakkan kaki ke Sabah, saya bujang. Ketika meninggalkan Sabah saya sudah berkeluarga. Saya akan pulang ke negeri kelahiran saya berlima.
1983: Ayah dan Kakak |

Bersambung: Hadiah Terbesar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan