Sabah Tempat Bermain
Walaupun sekolah dan maktab bercuti, berita pertukaran saya tetap tersebar. Berita itu sampai juga ke telinga Tuan Syed Mokhtar. Kami berbincang di warung maktab. Dia mencadangkan agar saya menyewa rumahnya di Seremban. Dia memberikan alamat mentuanya yang memegang kunci rumah itu. Saya memang hendak menyewa rumah yang berhampiran dengan MPRM. Saya akan melihat rumah beliau sebelum membuat keputusan. Tuan Syed juga mengajak saya berburu buat kali terakhir di Sukau. Saya bersetuju.
Beberapa hari sebelum saya dan keluarga pulang ke Ranau, Tuan Syed dan Cikgu Miyong Hamzah menjemput saya di pangsapuri. Cikgu Miyong ialah Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Anib. Saya memang mengenalinya sebagai rakan dalam bidang pendidikan dan pernah sekali berburu dengannya. Dia rakan karib Tuan Syed. Dia memandu pikap empat pintu miliknya.
Kami mengambil Saroh dan seorang anak lelakinya di rumah pekerja maktab. Kemudian kami singgah di Kampung Sungai Batang untuk mengambil Pak Cik Suradi. Jadi kami ke Sukau berenam. Ruang tempat duduk belakang pikap itu luas. Tubuh saya, Pak Cik Suradi, Saroh dan anaknya kecil sahaja. Ruang itu cukup untuk kami berempat.
Cikgu Miyong sudah mengenal pasti tempat perburuan yang ada tembadau. Beliau juga sudah menguruskan bot untuk kami ke sana. Rasanya bot itu milik Pak Cik Randuh. Kami singgah di rumah beliau. Selepas bersolat asar, baru kami mudik. Saroh mengemudikan bot. Tempat yang dituju melewati kawasan tasik ladam tempat saya, Saroh dan rakan-rakan memukat pada tahun 1982. Kemudian kami mudik melalui sebatang sungai lain yang bermuara di Sungai Kinabatangan itu. Kami tiba di hutan tempat perburuan kira-kira sejam sebelum masuk waktu maghrib.
Cikgu Miyong sudah menyediakan beras, periuk dan cerek. Masalahnya, kayu api tidak ada. Saya dan rakan-rakan hanya dapat mengumpul sedikit ranting. Ranting yang kami kumpul hanya cukup untuk menjerang air. Pak Cik Suradi menebang beberapa batang pokok kira-kira sebesar lengan. Dia menual dan membelah tual. Beberapa belahan tual diraciknya. Racikan kayu basah itu ditambah pada api yang sudah dihidupkan. Kemudian, belahan tual disorongkan ke bawah tungku sebagai kayu api. Apinya marak. Baranya pun elok.
Petang itu, selepas pertengahan bulan Disember 1984, di hutan Sukau, di tebing sebatang sungai yang bermuara di Sungai Kinabatangan, saya mengetahui bahawa ada kayu basah yang dapat dijadikan kayu api. Pak Cik Suradi ada menyebut nama pokok dan ciri-cirinya. Sayangnya, nama dan ciri-ciri yang dinyatakan sudah luput daripada ingatan saya.
Selepas makan berlaukkan ikan sardin, menikmati kopi o dan bersolat maghrib, kami membentuk dua pasukan. Pak Cik Suradi, saya, Saroh dan anaknya berjalan kaki. Saya tidak pasti sama ada Tuan Syed dan Cikgu Miyong berjalan kaki atau menyuluh dari perahu.
Pasukan saya melalui latisan yang asalnya jalan syarikat kayu balak. Ada bahagian latisan itu becak kerana pada masa itu musim hujan. Kami berehat beberapa kali. Sesudah berjalan lebih kurang dua jam kami melalui denai dalam hutan. Pak Cik Suradi di hadapan, diikuti oleh Saroh dan anaknya. Saya di belakang sekali.
Sesudah kira-kira sepuluh minit melalui denai itu, Pak Cik Suradi berhenti. Dai terus menghalakan suluhan ke suatu arah di kanan. Saya agak jauh di belakang. Saya tidak nampak benda yang disuluhnya. Dia berkata sesuatu kepada Saroh. Saya tidak dapat mengecam pertuturannya kerana suaranya amat perlahan.
Saroh berkata kepada anaknya, “Tanya cikgu. Tembak atau tidak?”
Anak Saroh menanya saya, “Cikgu, ada pelanduk. Tembak atau tidak?”
Saya tidak dapat memberikan jawapan spontan. Pertanyaan seperti itu belum pernah saya dengar dalam perburuan. Namun saya dapat menangkap maksud pertanyaan itu. Sasaran kami dalam perburuan itu ialah tembadau. Saya sudah menikmati daging pelanduk, napuh, landak kijang dan rusa. Saya belum menikmati daging tembadau. Saya mengagak, apabila kami menembak pelanduk, bunyi tembakan berkemungkinan mengejutkan tembadau di kawasan yang berhampiran.
Saya berkata dalam hati, kami sudah berburu lebih dua jam. Sepasang mata pun belum kelihatan. Kemudian saya terfikir pula akan kemungkinan Pak Cik Suradi dan Saroh sudah beberapa kali tersuluh mata pelanduk. Pak Cik Suradi sengaja tidak menembak pelanduk kerana sasaran perburuan terakhir bersama-sama dengan saya ialah tembadau. Hati saya berbolak-balik. Daripada cempedak, baik nangka; daripada tidak, baik ada. Pelanduk pun pelanduklah.
Saya berkata, “Tembaklah.”
Anak Saroh berkata, “Cikgu kata, tembaklah!”
Bunyi tembakan memecah kesunyian malam diikuti bunyi larian kawanan binatang dalam becak. Saroh segera menyembelih pelanduk. Pak Cik Suradi memberi isyarat dengan lampu suluh agar kami bertiga menunggu di situ. Saroh menyuruh saya dan anaknya duduk. Saya cuma mencangkung.
Saroh berkata, “Itu bunyi kaki kumpulan tembadau. Biarkan abang seorang. Dia tahu apa-apa yang perlu dilakukannya.”
Saya bertanya dengan perasaan khuatir, “Bukan gajah?”
Saroh menjawab, “Bunyi tapak gajah lain, cikgu. Lagi, gajah bertempik apabila terganggu.”
“O, o,” kata saya.
Lebih kurang sepuluh minit kemudian, kami bergerak ke arah yang diikuti oleh Pak Cik Suradi. Kami tiba di denai yang lebih lebar. Saroh menyuluh-nyuluh denai itu. Sebahagian denai itu lecah akibat tekanan terlalu banyak tapak kaki seperti tapak kaki kerbau.
Saroh berkata, “Ini laluan tembadau, cikgu. Bunyi tadi memang bunyi tapak kaki kumpulan tembadau yang terkejut apabila kita menembak pelanduk.”
Saya diam. Timbul rasa kesal dalam hati. Saya yang membenarkan pelanduk itu ditembak. Saya memujuk diri. Kata hati saya, keberhasilan perburuan kami pada masa lalu bukan kerana tempat perburuan yang jauh, bukan kerana kehebatan kenderaan pacuan empat roda dan bukan kerana adanya dua laras senapang. Hal itu dan kecekapan bidikan juga bukanlah penentu mutlak yang menghasilkan rezeki. Penentu mutlak yang mesti diyakini ialah ihsan Pemberi Rezeki. Jikalau sudah bukan rezeki, ketika menyuap pun makanan jatuh juga. Ada rezeki mata. Saya menarik nafas panjang. Ah, ada juga rezeki telinga!
Pak Cik Suradi kembali. Dia berkata, “Memang banyak, cikgu. Apa boleh buat, rezeki kita belum ada.”
Apabila kami tiba di sungai, Tuan Syed dan Cikgu Miyong sudah menunggu di dalam bot. Usaha mereka juga tidak berhasil. Kami pulang ke rumah Pak Cik Randuh. Keesokannya, Tuan Syed dan Cikgu Miyong membuat keputusan yang mengejutkan. Mereka mengajak kami meneruskan perburuan semalam lagi. Oleh sebab Pak Cik Suradi, Saroh dan anaknya bersetuju, maka mahu tidak mahu, saya pun menyatakan persetujuan.
Pada malam kedua itu kami turun ke sungai selepas bersolat maghrib. Kami menuju ke tempat yang sama tetapi lebih ke hulu. Mardane menyertai kami. Dia menjadi penunjuk jalan. Kami bergerak dalam dua pasukan. Pak Cik Suradi, Mardane, anak Saroh dan saya dalam satu pasukan. Cikgu Miyong, Tuan Syed dan Saroh membentuk pasukan lain.
Setelah letih berjalan dalam kawasan semak, berumput tinggi dan lalang, kami berehat. Ketika berehat itu, Pak Cik Suradi menceritakan pengalamannya menembak tembadau. Katanya, tembadau liat untuk ditumbangkan. Setelah empat atau lima das tembakan, barulah tembadau terbaring. Dagingnya banyak. Empat orang seperti kami tidak mampu memikul daging seekor tembadau. Satu paha belakang tembadau sukar dipikul oleh seorang. Saya mendengar penjelasannya dengan penuh minat sambil membayangkan rupa bentuk tembadau hutan Kinabatangan berdasarkan bentuk seladang yang pernah saya lihat di Zoo Negara.
Malam itu kami pulang ke rumah Pak Cik Randuh dengan tangan kosong. Keesokannya saya tiba di pangsapuri dengan tangan kosong juga. Saya tidak kecewa. Bahkan saya tetap gembira. Saya berasa betul-betul dihargai kerana perburuan selama dua malam itu memang bertujuan untuk menggembirakan saya.
Sebahagian tujuan perburuan itu tetap tercapai. Bahkan saya menganggap perburuan terakhir itu ialah hadiah terbesar perpisahan saya dengan rakan-rakan. Hadiah benda boleh rosak, pecah dan dicuri. Hadiah berupa penghargaan terhadap kegemaran dan penambahan pengalaman tidak mudah rosak, tidak mungkin pecah dan mustahil sama sekali untuk dicuri oleh sesiapa. Penghargaan dan pengalaman itu saya nikmati dari semasa ke semasa sehingga saat saya menghasilkan catatan ini dan selagi saya boleh mengingatnya.
Beberapa hari kemudian saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak ke Ranau. Kami berlima tiba di Kampung Libang tanpa oleh-oleh perburuan. Beberapa hari berikutnya kami tiba di Negeri Sembilan dengan oleh-oleh sayur-sayuran tanah tinggi Kundasang. Setelah ibu saya puas mencium dan bermain-main dengan cucu-cucunya, barulah dia perasan akan sayuran-sayuran yang berbungkus kemas dengan kertas surat khabar itu.
Kakak dan adik saya juga sibuk melayan anak-anak buah mereka dan berbual dengan isteri saya. Bungkusan sayur itu yang sudah dikeluarkan daripada beg, lambat mendapat perhatian. Saya pula melayan perasaan dan kenang-kenangan.
Bersambung (siri terakhir): Sabah Tempat Bermain
Tembadau (Bos javanicus lowi)
|

Tiada ulasan:
Catat Ulasan