Beberapa tahun sebelum saya bersara, institut kami mengadakan mesyuarat pengurusan di sebuah hotel. Ketua kami mengemukakan usul agar pada masa akan datang mesyuarat itu dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, penguasaan bahasa Inggeris semakin penting sejak negara kita melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Beliau berharap, mesyuarat itu dapat menjadi wadah bagi anggota mesyuarat memahirkan diri dalam bahasa Inggeris.
Ego saya naik. Saya menegur tindakan beliau. Saya menyatakan bahawa mesyuarat rasmi kerajaan hendaklah dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Tiada apa-apa peruntukan dapat mengatasi peraturan yang sedia ada. Teguran saya tidak diendahkan. Perbincangan berlangsung. Banyak anggota mesyuarat menyokong usul itu. Pengundian dengan cara angkat tangan dijalankan. Usul itu diterima kerana mendapat undi terbanyak.
Ego saya semakin naik. Selaku ketua urus setia mesyuarat, saya menyatakan bahawa keputusan pengundian itu tidak sah. Hal itu saya katakan demikian kerana saya mendapati anggota yang tidak mendapat keistimewaan untuk mengundi turut mengangkat tangan. Saya menyebut nama mereka yang tidak layak untuk mengundi itu. Tiada sesiapa membantah pandangan saya. Selaku pengerusi mesyuarat, ketua kami membatalkan keputusan undian itu. Beliau memutuskan untuk mengadakan undian kali kedua secara sulit, iaitu dengan menggunakan kertas.
Darjah ego saya meningkat dan dapat digelar amarah. Saya mengingatkan anggota mesyuarat tentang diri saya. Saya menyebut nama jawatan saya dari segi pentadbiran dan jawatan khas dari segi akademik. Saya juga menyebut gelaran yang ditauliahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kepada saya pada tahun 1996. Atas nama jawatan pentadbiran, jawatan khas akademik dan gelaran itu, saya berkata lebih kurang begini, “Jikalau usul penggunaan bahasa Inggeris dalam mesyuarat rasmi kita menang dalam pengundian nanti, dayuslah saya sekiranya saya berdiam diri. Saya akan mengetengahkan keputusan mesyuarat ini.”
Sepanjang perkhidmatan saya, hanya dalam mesyuarat itulah saya menggunakan perkataan “dayus” dan ditujukan pula kepada diri sendiri. Sudah pasti ada gigil dalam suara saya.
Saya tidak menyatakan maksud “mengetengahkan”. Anggota mesyuarat pun tiada yang ingin bertanya. Jikalau keputusan pengundian berpihak kepada usul ketua kami, saya bertekad untuk membawa kes itu ke mahkamah. Tidak sampai dua tahun lagi saya akan bersara. Saya sudah cukup matang untuk bertindak. Saya mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk melaksanakan tindakan itu. Dalam masa yang sama, saya berharap pengerusi mesyuarat akan membatalkan rancangan pengundian. Jikalau tidak, saya yakin bahawa beliau akan menanggung risiko tindakannya.
Dalam keadaan serba salah itu, saya masih berharap beberapa orang anak buah dan rakan karib sudi menyatakan sokongan kepada saya. Harapan saya hampa. Urus setia di bawah tadbiran saya terus melakukan persediaan untuk melaksanakan pengundian sulit. Kertas undi disediakan dan diedarkan. Mereka yang dikenal pasti tidak layak untuk mengundi tidak diberikan kertas undi. Dengan yakinnya, pengerusi memulakan proses pengundian dan meneruskannya dengan proses pengutipan serta pengiraan undi. Catatan tidak dibuat. Undi dibuka dan dikelompokkan kepada dua, iaitu undi yang menyokong usul pengerusi sendiri dan undi yang menentang usul itu, sekali gus undi untuk pendirian saya.
Saya cergas dalam semua mesyuarat pengurusan. Selain ikut serta dalam perbincangan, saya pernah mengemukakan usul lisan dan bertulis. Satu usul bertulis tentang penyediaan kemudahan untuk guru pelatih mendirikan solat ketika melakukan kegiatan luar, diterima sebulat suara tanpa perbahasan. Beberapa usul lain dibahaskan sebelum diterima atau ditolak. Pengundian hanya dengan cara angkat tangan. Pengundian dengan cara undi sulit hanya saya alami dalam satu mesyuarat khas pada tahun 1980. Dalam pengundian itu saya menang dengan kelebihan satu undi.
Pengiraan undi selesai. Pengerusi mengumumkan bahawa jumlah undi yang menyokong usul itu sama dengan jumlah undi yang menolaknya. Saya tidak nampak pengerusi memangkah kertas undi. Saya beranggap dia sendiri belum mengundi. Saya menunggu dia membuat keputusan muktamad. Satu undinya sangat berharga. Memang wajar dia memberikan undi untuk usulnya sendiri. Namun, dia membuat keputusan yang menakjubkan. Tanpa undinya, dia mengumumkan bahawa keputusan undian seri. Usul itu tidak diterima dan tidak juga ditolak. Dia merumuskan bahawa isu itu selesai!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan