01 Februari 2009

Beberapa Perkara Tentang Huruf Jawi

Oleh Mohd Isa bin Abd Razak

Masukan terdahulu:
Selamat Mempelajari Tulisan Jawi
Abjad Jawi Bentuk Tunggal Terkini

Masukan yang berkaitan:
Tulisan Kuno dan Klasik Bahasa Melayu

1. Sebutan. Semasa mempelajari bahasa Melayu, sebutan huruf Jawi tertentu seperti ta dan ba hendaklah tanpa hentian glotis. Sebaliknya, semasa mempelajari bahasa Arab, sebutan huruf-huruf itu hendaklah seperti sebutan huruf Arab asal. Contohnya, sebutan huruf ba hendaklah diakhiri dengan hentian glotis.

2. Sebutan. Sebutan huruf Jawi hendaklah berdasarkan ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu, iaitu ilmu yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

3. Penyusunan. Asas penyusunan abjad Jawi ialah susun huruf Arab. Huruf tambahan diselitkan di antara huruf-huruf Arab itu. Asas penyelitan berdasarkan keutamaan ialah kesamaan bentuk, jumlah titik, ketekalan bentuk huruf. Huruf yang tetap atau kurang perubahan bentuknya didahulukan berbanding dengan huruf yang mempunyai bentuk yang sama tetapi berubah-ubah bentuk/titiknya seperti huruf nya berbanding dengan huruf nun.

4. Penyusunan. Ada pihak yang mendapat pendidikan daripada aliran Arab beranggapan bahawa susunan huruf Jawi sama dengan susunan huruf Arab. Misalnya, mereka menyenaraikan huruf ha pedas lepas huruf jim sedangkan dalam susunan huruf Jawi selepas huruf jim ialah huruf cha. (Abdul Jalil Anuar, “Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu”, dalam Pelita Bahasa, Ogos 2006.)

Asuh Minda
1. Sila tuan perhatian carta huruf Jawi di pasaran. Bandingkan dengan carta ini.

2. Mungkinkah pada masa akan datang dua atau tiga huruf Jawi lagi akan dicipta untuk melambangkan bunyi vokal?



2 ulasan:

جاوي ڤونت‌س berkata...

Apa masalah dengan Lam Alif? Jika mahu ditaip huruf Lam tunggal kemudian Alif tunggal, ia akan bersambung menjadi LamAlif tunggal juga. Contohnya, perkataan 'Bola'. Boleh ditaip dengan 'Ba Waw Lam Alif' iaitu 4 abjad. Kalau nak ditaip 'Ba Waw LamAlif' iaitu 3 abjad pun boleh juga. Ini tak ada masalah dengan kaedah menaip, cuma jika LamAlif Arabic tidak diiktiraf oleh Jawi sebagai satu bentuk huruf tunggal, itu bukan masalahnya.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam Tuan Jawi.

Terima kasih saya ucapkan atas respons tuan.

Huruf lam alif tidak ada masalah. Kedudukannya dalam abjad Arab utuh dan tidak mungkin diganggu-gugat. Huruf itu juga terus diterima pakai dalam tulisan Jawi. Cuma huruf itu tidak tersenarai dalam abjad tunggal Jawi. Hal ini berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi terbitan DBP.

Saya pernah menegaskan perkara ini kepada pelajar j-QAF di bawah seliaan saya semasa mereka berpraktikum. Kini saya sudah bersara. Melalui blog ini, saya berharap pelajar J-QAF, khususnya yang mengajarkan Jawi (pemulihan) sedar akan perkara ini.

Wallahuaklam. Wassalam.