18 Jun 2009

Sari Rencana: “Terbesar Sekali" Lewah

Masukan terdahulu: ☺Frasa “Oleh Sebab” BakuPenanda JamakBentuk KlitikDaku dan DikauSekalian, Sekali-kali dan Sekali-sekali

1. Kata penguat paling dan sekali apabila diikuti oleh kata adjektif menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, kedua-dua kata ini tidak boleh wujud bersama-sama dalam sesuatu ungkapan. Begitu juga halnya dengan kata adjektif yang berimbuhan ter-, menunjukkan darjah penghabisan dan tidak boleh wujud bersama-sama dengan kata penguat. Tegasnya, jika ungkapan seperti yang bertanda * diwujudkan juga, ungkapan itu lewah dan bersalahan dengan tatabahasa bahasa Melayu.

*paling muda sekalipaling muda atau muda sekali
*paling baik sekalipaling baik atau baik sekali
*terbesar sekaliterbesar atau besar sekali
*terkecil sekaliterkecil atau kecil sekali

Perkataan besar dan kecil dalam ungkapan di atas ialah kata adjektif. Jadi, perkataan terbesar dan terkecil menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, perkataan sekali tidak boleh digunakan bersama-sama dengan perkataan terkecil dan terbesar dalam sesuatu ungkapan. Lain halnya dengan terkemuka dan terkenal; tidak menunjukkan darjah penghabisan kerana kemuka dan kenal bukan kata adjektif. Maka, terkemuka sekali dan terkenal sekali boleh wujud.

terkenal sekali ← *kenal sekali
terkemuka sekali ← *kemuka sekali
*terhebat sekalihebat sekali atau terhebat
*terindah sekaliindah sekali atau terindah
*terlunak sekalilunak sekali atau terlunak
*terwangi sekaliwangi sekali atau terwangi

2. Imbuhan ter- seperti dalam perkataan tertarik, terpikat dan terpesona menunjukkan kata kerja pasif. Perkataan yang wajar berada selepas perkataan-perkataan ini ialah kata sendi oleh dan bukannya kata dengan.

*tertarik dengan suaratertarik oleh suara
*terpikat dengan suasanaterpikat oleh suasana
*terpesona dengan pemandanganterpesona oleh pemandangan

Namun, ungkapan terpesona dengan boleh wujud jika perkataan pesona itu bermaksud kena guna-guna, jampi, mantera atau sihir.

Muhammed Salehudin Aman, “Terkemuka Sekali dan Tertarik Dengan”, Dewan Siswa, April 2009, halaman 20 - 21.

Nota
Ungkapan tersohor sekali sama dengan terkenal sekali dan terkemuka sekali.

Tiada ulasan: