Mulai tahun 1868, Dr. Thomas Rhodes Armitage (1824 – 1890) dari Britain dan tiga orang rakannya mengembangkan sistem Braille melalui satu organisasi. Pada tahun 1871, organisasi itu berkembang sebagai Royal National College for the Blind.
Pada tahun 1951, David Abraham dari Amerika Syarikat mencipta mesin taip Braille yang dikenali
sebagai Braille Perkins. Mesin taip ini mempunyai enam penekan untuk menghasilkan enam titik timbul. Pada bulan Oktober tahun 2008, Perkins School for the Blind and American Printing House for the Blind mengumumkan penciptaan mesin Braille Perkins generasi baharu. Kini tulisan Braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa, termasuk bahasa Melayu.Sumber: (1) Abdullah Yusoff, “Belajar Bahasa Melalui Titik Timbul”, Pelita Bahasa, Januari 2009, halaman 30 – 33. (2) Wikipedia: Braille. Wikipedia BM: Braille.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan