19 Oktober 2009

Hak Cipta: Tunggu Sebulan

“Apabila karya penulis diterbitkan dalam majalah bulanan, penulis secara automatik telah memberi lesen kepada majalah tersebut untuk menerbitkan karyanya selama satu bulan. Selama tempoh satu bulan tersebut, penulis tidak boleh menerbitkan karya yang sama ke mana-mana media lain. Ini termasuk menerbitkan karya di laman web sendiri ataupun weblog sendiri.” Nisah Haron, Karya Kita Hak Kita untuk Semua (2008: 82 -83).

Penerbit majalah bulanan itu mempunyai hak penerbitan eksklusif selama sebulan. Misalnya, karya yang tersiar dalam sesuatu majalah pada bulan Oktober 2009 tidak boleh disiarkan semula di mana-mana media lain sepanjang bulan Oktober 2009. Penulis hanya boleh menyiarkan semula karya itu di blognya mulai bulan November 2009. Sebagai kredit, penulis wajar mencatatkan nama majalah dan bulan keluarannya.

Tambahan 1
Ezaleila Mustafa menulis pada 23 November 2009 pukul 10.23 petang.


Sesuatu karya termasuk resipi yang dihantar dan diterbitkan oleh sesebuah majalah, tempoh hak penerbitannya adalah serupa dengan tempoh penerbitan majalah itu. Jika majalah itu terbit setiap bulan, maka tempoh itu ialah satu bulan. Selepas itu, penulis atau penyumbang karya memegang kembali hak cipta itu dan boleh menerbitkannya semula dengan penerbit yang lain. Oleh itu, sekiranya ada penerbit yang ingin menerbitkannya semula, keizinan daripada penulis perlu diperoleh.

Perjanjian hak cipta tertakluk di bawah undang-undang kontrak. Walaupun ada penerbit majalah yang memasukkan frasa yang berbunyi "Semua hak cipta artikel yang terbit dalam majalah ini dimiliki oleh Syarikat ABC", dalam majalah mereka, frasa itu tidak memenuhi ciri-ciri suatu perjanjian kontrak kerana perjanjian itu disetujui oleh satu pihak sahaja, iaitu penerbit. Kontrak mesti disetujui oleh kedua-dua belah pihak. Oleh sebab itu, selagi penulis/penyumbang karya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen yang menyatakan bahawa dia bersetuju menyerahkan hak cipta karyanya kepada mana-mana pihak, hal ini bermakna hak cipta karyanya masih menjadi miliknya.
 
Rujuk http://www.facebook.com/group.php?gid=123371738370&ref=search&sid=1251666486.1549480308..1&v=info#/topic.php?uid=111129155613&topic=18710

Tambahan 2
Terbit di Blog Ertinya Sudah Terbit

1. Terbit bermaksud boleh dinikmati atau dibaca oleh orang awam. Dalam undang-undang, lebih dari 3 orang sudah dikira made public.

2. Apabila menulis karya di blog, karya yang sama tidak boleh dikirimkan ke akhbar majalah untuk diterbitkan semula secara eceran. Eceran ertinya bukan di dalam bentuk buku.

3. Setelah karya itu terbit di media cetak, anda boleh uar-uarkan di blog. Itu pun siarkan sebahagian kecil sahaja. Untuk jadi teaser. Suruh pembaca dapatkan yang asli dari sumbernya.


4. Karya yang terbit di majalah bulanan, tidak boleh disiarkan karya itu semula sehinggalah bulan berikutnya. Bagi akhbar harian, tempohnya sehari. Akhbar mingguan, tempohnya seminggu. Dan begitulah seterusnya.

Tiada ulasan: